Home Isu Semasa Telah Rujuk Kembali Pada 31 Ogos 2023, sekali Farid Kamil Luah Perasaannya

Telah Rujuk Kembali Pada 31 Ogos 2023, sekali Farid Kamil Luah Perasaannya

289
0

Sebelum ini telah tular mengenai hubungan rumah tangga yang retak di antara dua pelakon Malaysia iaitu Farid Kamil dan juga Diana Danielle. Isu ini telah tular dari bulan Mac 2023 akibat daripada Diana Danielle yang telah memfailkan penceraian terhadap Farid Kamil setelah 11 tahun berkahwin.

Namun begitu, baru-baru ini telah tular mengenai isu bahawa kedua-dua pelakon tersebut telah membuat kata sepakat untuk merujuk kembali dan menyelamatkan rumah tangga mereka.

Pelakon lelaki Malaysia, Farid Kamil, telah mengatakan bahawa beliau tidak pernah sangka bahawa perkara itu boleh terjadi terhadap rumah tangganya bersama Diana.

“Saya tidak pernah sangka bahawa saya dan Diana akan merujuk kembali. Ini hanyalah doa daripada anak dan kami sejak bulan Mac yang lepas…” – Farid Kamil

Farid turut mengatakan bahawa beliau juga tidak pernah tersangka bahawa beliau perlu melafazkan cerai kepada isterinya itu sebelum ini.

“Ianya sebuah mimpi ngeri untuk saya ketika saya perlu melafazkan cerai kepada dia…” – Katanya

Farid turut mengatakan bahawa ini merupakan hadiah yang paling indah untuknya dan keluarga kerana dapat bersama semula sebagai sebuah keluarga.

Lihat klip video di bawah:

@melodiberapi Alhamdulillah semua rasa happy dengan berita ini.. #meloditv3 #fypシ゚viral #ceritaartismalaysia #panas #faridkamil #dianadanielle #love #rujuk ♬ original sound – Melodi

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Dato M Nasir Tidak Pernah Mengecewakan..” – Hiburkan Peminat Di Konsert Hausboom
Next articleSudah Ikat Tali Pertunangan Dengan Usahawan? Sekali Ini Respons Nabila Razali

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here