Penyampai anugerah pertama bagi kategori Artis Baharu Wanita dan Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular ke-34 menarik perhatian ramai apabila menampilkan doktor ‘viral’ iaitu Dr. Malar sebagai penyampai anugerah.
Anggun menggayakan busana gaun labuh berona hitam putih, Malar atau nama lengkapnya Malar Santhi Santherasegapan kelihatan sungguh yakin melangkah masuk ke pentas utama selepas dijemput pengacara, Sherry Alhadad.
Hantar ke miss Universe
Dr Malar yang bertugas di bahagian kecemasan di salah sebuah hospital swasta di ibu negara itu menarik perhatian netizen sehingga ada yang bercadang untuk mewujudkan petisyen menghantarnya mewakili Malaysia ke pertandingan ratu cantik, Miss Universe.
Ujar netizen, Dr Malar seorang yanng bijak, cantik dan berpengaruh besar. Oleh itu, beliau sesuai mewakili Malaysia dalam pertandingan tersebut. Sebelum ini, Dr. Malar menjadi viral dalam laman sosial kerana kepetahannya berkongsi pelbagai maklumat berkaitan pand3mik COV1D-19, vaksin dan masalah kesihatan menerusi media sosial dengan bahasa Melayu yang fasih.
Anggun ada ciri tradisonal
Sumber: OHBULAN