Home Dunia “Takkan sebab sikit ni, kita nak down kan dia…” – Bapa mahu...

“Takkan sebab sikit ni, kita nak down kan dia…” – Bapa mahu cikgu tampar anak kekal menjadi jurulatih

260
0

Semalam tular mengenai seorang jurulatih yang menampar atlet remaja setelah selesai bertanding. Bapa kepada salah seorang atlet tersebut telah membuat sidang bersama media pada hari ini.

Menerusi laman instagram Sinar Harian menunjukkan bapa kepada atlet telah memaafkan jurulatih tersebut yang menampar anaknya. Beliau juga mengatakan takkan disebabkan sedikit kesalahan jurulatih tersebut, beliau perlu menjatuhkan jurulatih itu. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa beliau mahu jurulatih tersebut kekal menjadi jurulatih anaknya.

Rata-rata netizen juga bersetuju untuk memaafkan jurulatih tersebut. Ramai juga yang mengatakan jurulatih tersebut perlu diberi peluang kedua. Ada juga yang mengatakan bapa kepada atlet tersebut memang tidak kisah anaknya diperlakukan sebegitu.

Klip video tersebut yang baru sahaja dimuat naik di laman instagram sinarharian mempunyai sebanyak 100K tontonan, 2K sukaan dan 100 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sinar Harian (@sinarharian)

Lihat apa kata orang ramai:

megatnursyazwan: Alhamdullilah lepas kena terajang dengan cikgu time bola dulu sekarang aku pandai main bola

nurulyati82: Syabas pakcik…yelah tampar pun bukan tinggalkan kesian macam dera tu..Kira ok lah tegas sikit je coach tu

nadd_dira: Xleh biasakan… slalunya start with small thing…Mcm bermula dgn tampar.. lama2 kebiasaan akan lebih teruk. Yela dh TERBIASA and rmai anggap nothing kan

daoz.h__: dulu cikgu bola aku pijak kaki aku sbb nk ajar bila pakai kasut bola selamat dri kaki ayam.. alhamdulillah skrng aku kaki bangku

n0tangel: Lepas ni, siapa nak masuk bola tampar kena sedia makan penampar daripada jurulatih. Nak masuk bola sepak, kena sedia makan penyepak daripada jurulatih… Begitulah gamaknya ye kalau nak jadi atlet hebat.

Sumber: Instagram

Previous article“Tiada Maaf Bagimu..”- Akhirnya Ibu Syamsul Yusof Sendiri Buka Mulut
Next article“Naik la siapa pun, drama sama je…” – Rakyat risau melihat kes Covid-19 di China naik mendadak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here