Home Uncategorized “Takde Maknanya Orang Nak Ngorat Suami Dia..” – Cemburu Buta, Isteri Aman...

“Takde Maknanya Orang Nak Ngorat Suami Dia..” – Cemburu Buta, Isteri Aman Graseka Halang Tak Bagi Berlakon

142
0

Penyampai radio, Sharifah Shahira baru-baru ini mendedahkan pelakon otai Aman Graseka kini sedang berdepan dengan masalah kewangan.

Katanya, dia dan rakan artis yang lain kerap menerima mesej Whats App daripada Aman yang meminta sumbangan wang ringgit

Terbaru, pengarah tersohor Ellie Suriaty berpendapat pelakon itu perlu kembali berlakon untuk mencari pendapatan.

Dakwa Ellie, isteri Aman seorang yang cemburu buta dan melarang suaminya ke set penggambaran. Malah, isteri pelakon itu dikatakan menjadi dalang menghantar mesej kepada rakan-rakan artis.

Ellie membuat dakwaan tersebut menerusi satu ruangan komen perkongsian sebuah portal. Pengarah ini sempat berbalas-balas komen dengan netizen menceritakan apa sebenarnya yang terjadi.

Pengarah yang pernah bekerjasama dengan Aman Graseka ini berkata, beliau seorang pelakon yang hebat dan mudah bekerjasama.

Malah, beliau juga seorang yang profesional jadi isterinya tak perlu bimbang. Ellie berkata lagi, isteri perlu tengok dari sudut positif bukannya ‘control’ semua perkara dengan membabi buta.

IMG 1863

IMG 1864

IMG 1865

IMG 1866

IMG 1867

Ceritanya lagi, kawan-kawan yang menerima mesej dari nombor telefon Aman hanya diberikan voice note sebagai bukti. Tetapi apabila dihubungi secara video call, isteri tunjuk suaminya sedang tidur.

Jelasnya, jika mesej tu kerja scammer, macam mana boleh ada visual isteri semasa panggilan video? Kalau betul apa yang diceritakan, diharapkan abang Aman dapat kembali berlakon. Lagi pun lakonan pelakon otai ini mantap kan?

Previous article“Cucur Pun Harga RM40, Gaji Pekerja RM1500 Pun Tak Mampu Bayar…” – Datuk Chef Wan Didakwa Culas Membayar Gaji Pekerja
Next article“Ini Bukan Keputusan Saya, Saya Masih Lagi Mahu Bekerja…” – Tyzo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here