Home Hiburan “Tak Manis Kalau Saya Kongsi, Ramai Lagi Yang Lebih Terk3san,” – Raja...

“Tak Manis Kalau Saya Kongsi, Ramai Lagi Yang Lebih Terk3san,” – Raja Syahiran Enggan Ulas Jumlah Kerug1an, Syukur Majlis Nikah Berjalan Lancar

173
0

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui dia dan suami yang juga penyanyi, Raja Syahiran harus berdepan dengan pelbagai cabaran beberapa hari menjelang hari bahagia mereka.

Menurut Uyaina, segala persiapan harus dirancangkan semula kurang daripada 24 jam memandangkan pihak yang sepatutnya menyiapkan pelamin terpaksa membatalkan kerja-kerja mereka kerana segala peralatan dikatakan telah tengg3lam akib3t banj1r.

FDAFEFFE 2ABE 452E 9819 832CFD86DBD5

Katanya lagi, dia dan Syahiran tetap reda dengan segala ujian yang menimpa mereka ketika ini.

“Sebenarnya malam berinai yang sepatutnya berlangsung pada Isnin, kami terpaksa batalkan. Inai yang saya pakai sekarang ini pun hanya dibuat di bilik sahaja.

“Kami buat pyjamas party sahaja. Hanya saudara mara sahaja yang datang dan pakai baju tidur je. Saya berinai sorang-sorang dan kami ‘have fun’ sesama sendiri sahaja.

“Sepatutnya tema arabian night tapi terpaksa postponed. Pelamin yang asal juga sebenarnya telah tenggelam dalam b4njir. Pihak pelamin memang tak boleh nak teruskan.

“Kami tetap berlapang dada dan reda. Terima kasih juga kepada pihak perancang perkahwinan yang sunggup jadi bidan terjun. Persiapan majlis ini hanya satu malam sahaja,” katanya kepada MH.

F383ED56 A0AA 4E03 BD2C AB016E7CAC0C

Jelas Syahiran pula, meskipun harus berdepan dengan pelbagai dugaan namun, dia tetap reda kerana perkara wajid iaitu majlis ijab kabul telah pun berjalan dengan lancar.

“Yang penting hubungan kami halal. Perkara yang lain kami letak sebagai nombor dua. Yang penting majlis ijab kabul dapat berjalan dan dihadiri para keluarga.

“Saya tahu ramai ketika ini ditimpa musibah. Saya juga terkesan kerana rumah saya di Subang Jaya turut terputus bekalan elektrik. Tapi saya tidak mahu jadikan ini sebagai isu kerana ada orang yang dit1mpa musibah lagi besar.

“Kami hanya mahu kekal positif. Majlis pernikahan harus tetap berjalan. Sejujurnya kami tidak s3dih. Pada 19 hari bulan haritu, kami berjumpa dan hanya tergelak memikirkan ujian yang kami hadapi,” jelasnya lagi.

Pasangan tersebut berkata sedemikian ketika ditemui media selepas majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Colony By KLCC, Kuala Lumpur pada Selasa.

7C0B9E07 975A 48CB 8F28 B71A30B82BAAD2C820A2 BBF0 4573 91F3 2392F386DCE7

Bagaimanapun, Syahiran enggan mengulas lanjut mengenai jumlah kerugian yang terpaksa mereka hadapi kerana menyifatkan ada lebih ramai individu di luar sana yang berhadapan dengan dugaan yang lebih teruk.

Katanya lagi, dia dan Uyaina akan merancang semula soal aktiviti berbulan madu mereka di Eropah sebaik sahaja keadaan kembali normal.

“Rugi itu memang ada tapi rasanya tak manis untuk saya kongsikan jumlahnya sebab ada ramai lagi yang lebih terkesan. Kalau saya kongsikan pun ada lagi yang lebih teruk.

“Bulan madu di Eropah juga terpaksa dibatalkan memandangkan varian Omnicron kini sedang mengganas. Bila semua reda nanti kami akan rancang yang lain.

“Famili saya yang ada di UK pun sekarang ini ada yang terkena Covid-19. Patutnya 23 Disember ini kami bertolak. Apapun kami tetap reda dan yang penting kami sekeluarga ada untuk sesama sendiri,” akhirinya.

Dalam majlis yang berlangsung pada Selasa, Syahiran telah selamat bergelar suami kepada Uyaina dengan hanya sekali lafaz.

964D93A0 4828 4AF7 A8AB 7FBD89553EC7A758E20C 4D72 4492 BF2C 5650AF13550A

Majlis akad nikah yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja seramai 100 orang dan mereka masih belum merancang untuk melangsungkan majlis resepsi.

Sekadar informasi, pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan Uyaina menerima rombangan merisik keluarga Syahiran pada Julai tahun lalu.

 

Foro: Cstproduction

Sumber: MH

Previous article[VIDEO] “Baru tau perangai sebenar…”-Gelagat lucu Redza Rosli pula jadi tumpuan netizen
Next article“Semoga Allah Perkenan Doa..”- Zulin Aziz Tunai Umrah, Sempat Bt Solat Hajat Utk M4ngsa B4njir Di Depan Kaabah
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here