Home Hiburan “Semoga Allah Perkenan Doa..”- Zulin Aziz Tunai Umrah, Sempat Bt Solat Hajat...

“Semoga Allah Perkenan Doa..”- Zulin Aziz Tunai Umrah, Sempat Bt Solat Hajat Utk M4ngsa B4njir Di Depan Kaabah

161
0

Pelakon Zulin Aziz sempat menitipkan doa buat man.gsa-mang.sa ba.njir yang mel.anda negara ketika menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.

Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 32, dia bersama teman-teman umrahnya turut menunaikan solat hajat bagi kesejahteraan semua mangsa banjir.

“Apa yang saya mampu, saya selitkan tiap doa saya di sini buat semua mangsa banjir di Malaysia.

“Alhamdulillah, selesai solat hajat buat man.gsa ba.njir di Malaysia, doa buat keluarga, sahabat dan followers. Semoga Allah perkenan doa-doa kita,” tulis Zulin di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian tersebut, Zulin yang baru tiba di Makkah pada Isnin bagi menunaikan umrah dilihat membawa nota nama-nama pengikutnya yang menitipkan doa untuk dibacakan di hadapan Kaabah.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya berterima kasih pada Zulin di atas doa-doa dan solat hajat yang ditunaikan untuk ma.ngsa-man.gsa b.anj.ir di Malaysia sewaktu menjadi ‘tetamu Allah’.

“Terlalu banyak nama untuk disebut kerana hampir satu Malaysia terkena tempias. Makanya, doa untuk Malaysia. Semoga kita terus tabah. Kita jaga kita,” komen seorang wargamaya.

“Ameen! Semoga Allah memberkati semua usaha para sukarelawan dan agensi keselamatan yang sanggup menempuh rintangan demi menyelamatkan rakyat Malaysia,” ujar seorang wargamaya.

“Tq sis Zulin, doakan kami ma.ngsa b.n.jir di sini,” luah seorang wargamaya.

“Semoga dipermudahkan urusan dan mendapat umrah yang mabrur ya Zulin,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 20,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Hujung minggu lalu, hujan berterusan selama dua hari di sekitar Lembah Klang dengan kebanyakan kawasan dinaiki air menyebabkan ban.jir di luar jang.kaan.

Tidak hanya Selangor, ban.jir besar turut mel.anda negeri Negeri Sembilan, Pahang, Perak sehingga menyebabkan ramai orang keh.ilan.gan tempat tinggal dan harta benda..

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Selangor dan Pahang mencatatkan angka 61,000 orang dan mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Sumber: Gempak

Previous article“Tak Manis Kalau Saya Kongsi, Ramai Lagi Yang Lebih Terk3san,” – Raja Syahiran Enggan Ulas Jumlah Kerug1an, Syukur Majlis Nikah Berjalan Lancar
Next article“Saya Hanya Ingat Mᾰti..” Diana Rafar Dedah Detik² Air Melimp4h Sekelip Mata Di Kondominium Seperti Ombak
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here