Pelakon terkenal, Bell Ngasri yang baru sahaja memenangi anugerah Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-35 meminta maaf kerana tidak dapat menunaikan manifesto yang ‘dijanjikan’ sebelum ini.
View this post on Instagram
Bell Ngasri berkata yang tidak menyangka gurauannya untuk belanja pengundi makan tengahari di bulan Ramadhan dijadikan sebagai perkara serius.
“Manifesto yang digunakan untuk berkempen itu adalah cadangan daripada rakan, tetapi saya tidak menyangka ia dipandang serius pula. Saya anggap ia sekadar gurauan saja.
“Apabila dijadikan sebagai manifesto kempen, saya berpendapat takkan mereka hendak makan ketika bulan puasa. Namun, saya tidak menyangka dan terlepas pandang ada dalam kalangan pengundi saya bukan beragama Islam.
“Jadi, saya termenung sekarang ini kerana tidak tahu bagaimana hendak memberikan maklum balas. Saya memang tidak sangka sebenarnya,” katanya.
Ujarnya lagi, dia meminta maaf dan berkata akan mengambil pengajaran atas perkara ini agar ia tidak berlaku lagi di masa akan datang.
View this post on Instagram