Home Viral “Tak Boleh Suka Suka Potong Gaji, Boleh Report Tau…” – Reaksi Spontan...

“Tak Boleh Suka Suka Potong Gaji, Boleh Report Tau…” – Reaksi Spontan Fazura Ingin Potong Gaji Raih Perhatian

260
0

Sebuah klip video yang menunjukkan pelakon, penyanyi serta usahawan terkenal tanah air, Fazura, yang sedang mempromosikan tudung jenama miliknya iaitu Tudung Fazura di siaran langsung platform Tiktok.

Klip video tersebut menunjukkan Fazura yang sedang menunjukkan tutorial yang boleh dilakukan semasa di pagi hari raya menggunakan tudung bawal jenamanya. Walau bagaimanapun, semasa beliau sedang menunjukkan cara-cara menggayakan tudung tersebut, beliau baru sahaja perasan bahawa tudungnya itu berkedudukan terbalik.

“Terbalik? haah la nyah, Nyamma kena potong gaji la macam ni sebab terbalikkan tudung mommy…” – Fazura

Fazura turut melontarkan gurauan bahawa beliau ingin memotong gaji anak perempuannya kerana terbalikkan posisi tudungnya. Selepas kedudukan tudungnya tersebut kembali kepada posisi yang betul, beliau turut mengatakan bahawa beliau menarik balik kata-katanya untuk memotong gaji Fatima.

“Takpa-takpa Nyamma, Mommy naikkan balik gaji Nyamma…” – Katanya

Ramai yang turut terhibur melihat gurauan pelakon wanita tersebut. Ada juga yang turut menyalah tafsirkan gurauan Fazura dengan mengatakan bahawa Fazura tidak sepatutnya memotong gaji pekerja sewenangnya.

Lihat posting di bawah:

@fazura.official alamak baru jadi assistant mommy dah kena potong gaji 😂🤣 #fazura #fattahamin #fattzura #tudungfazura ♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Kalau Dia Tak Pernah Mengiyakan Hubungan Kami Selama Ini, Saya Terima Saja..” – Amelia
Next article“Saya Pernah Try Butter Cake Yang Lagi Sedap Dari Ni…” – Janna Nick Komen Rasa Kek Viral

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here