Home Hiburan “Subuh tdi kereta jiran trbakar..” kali Prtama Rumah Dinaiki Air, Afieq Shazwan...

“Subuh tdi kereta jiran trbakar..” kali Prtama Rumah Dinaiki Air, Afieq Shazwan Brjaga Smpai Subuh Bimbang Keadaan…

215
0

HUJAN lebat berterusan sejak petang Jumaat menyebabkan kediaman penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan dinaiki air.

Menurut Afieq, 24, ini kali pertama rumahnya yang terletak di Kampung Batu Belah, Klang, Selangor itu mengalami banjir.

“Sejak semalam hujan tak berhenti, tapi tak sangka pula kira-kira pukul 1 pagi tadi tiba-tiba air dah masuk seluruh rumah setinggi buku lali. Ini kali pertama berlaku banjir di kawasan kediaman kami.

“Semalaman kami tak tidur sebab nak alihkan barang-barang penting dan berjaga-jaga kerana bimbang jika air terus naik. Selepas solat Subuh barulah saya boleh lelap sekejap.

“Nampaknya hari ini masih hujan lagi dan air belum surut… Memandangkan saya hanya tinggal dengan mama sahaja di rumah ini, jadi kami berdua la yang kena kemas apa-apa barang yang patut,” katanya ketika dihubungi mStar.

afieq 2

Air mula naik sejak pagi Sabtu.

Sebelum itu, pelakon drama Diari Seorang Suami ini berkongsi video banjir yang berlaku di kediamannya menerusi laman Instagram.

Meskipun keadaan masih terkawal, Afieq berharap agar hujan berhenti segera agar air tidak berterusan naik.

Subuh tadi kereta jiran saya terbakar dan keluar asap kerana berlaku litar pintas!

AFIEQ SHAZWAN

PELAKON/ PENYANYI

“Keadaan masih terkawal, cuma bimbang kalau hujan masih berterusan air mungkin akan naik lebih tinggi.

“Subuh tadi kereta jiran saya ter.bakar dan keluar asap kerana berlaku litar pintas. Sekarang ini kami semua bersedia dengan sebarang kemungkinan dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

afieq 3

Sekitar kawasan kediaman Afieq dinaiki air banjir.

“Sejujurnya memang saya tak pernah berdepan pengalaman ini, sedih juga sebab perabut dalam rumah pun ha.bis ba.sah… nasib baik kereta saya sudah pindahkan di kawasan lebih tinggi,” ujarnya.

Pada pagi Sabtu, media melapor.kan seramai 1,011 mang.sa ban.jir ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Klang susulan banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah berkenaan.

Sebanyak 20 kawasan di daerah ini dilanda banjir ki.lat susulan hujan lebat berterusan dan Telok Gong antara yang paling terkesan dengan kenaikan air sehingga ke paras pinggang.

Sumber: mStar

Previous articleGara-Gara Hal Ini, Roslan Shah Naik Berang Dengan Vida
Next articleDisuruh Mengaku Terlibat Sindiket Pengubahan Wang H4ram. Sekali Ini Jawapan Iqbal
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here