Home Uncategorized “Subhanallah, Comelnya mata dia..” 42 Jam Brtarung, Balkisyh Selamat Brsalin. Dedah Nama...

“Subhanallah, Comelnya mata dia..” 42 Jam Brtarung, Balkisyh Selamat Brsalin. Dedah Nama Anak

231
0

Pelakon Balkisyh Semundur Khan selamat menyambut kelahiran anak keduanya kira-kira jam 12.09 pagi pada 9 Februari lalu.

Bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Nor Qaiyfaal Khan itu dilahirkan seberat 2.6 kilogram.

Balkiysh memaklumkan berita gembira itu menerusi perkongsian di Instagram.

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan ‘baby boy’ pada tarikh 09/02/2022 jam 12.09 pagi seberat 2.68kg setelah 42 jam berta.rung,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menerusi satu hantaran lain, Balkisyh yang sinonim menerusi siri Mok Cun ini turut mendedahkan tarikh lahir anak sama dengan ulang tahun kelahiran suaminya, Mohd Nazri Zakaria.

“Allamdulilah selesai sudah register nama baby hari ini, Muhammad Nor Qaiyfaal Khan. Masa Lahir Baby : 12.09. Tarikh Lahir Daddy : 12.09. Alhamdulillah kebetulan, syukur,” tulisnya lagi.

Balkisyh mendirikan rumah tangga bersama Mohd Nazri pada 26 Disember 2020 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Bintang itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga buat pertama kali pada 2007 dan bercerai pada 5 September 2017.

Hasil perkahwinan itu, dia dan belas suami dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qalesya dan Muhamad Nor Qaisyh Khan.

Sumber: MH

Previous article“Sy Tak Boleh Nak Cakap Apa2, Cuma..”- Iqbal tak sabar tengok drama Vida dengan PA baharu, sikit pun tak jealous!
Next article“Hahaha ee comel je dua2..” (Video) Telatah Kamal Adli & Uqasha Senrose Dirakam Cuit Hati Netizen
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here