Home Viral Suami Rasa Macam Ada Kekasih Baru, Emelda Rosmila Puas Hati Botakkan Rambut

Suami Rasa Macam Ada Kekasih Baru, Emelda Rosmila Puas Hati Botakkan Rambut

163
0
created by photogrid

Pelakon Emelda Rosmila merasa puas hati mencukur rambut untuk melakonkan watak Speed dalam filem Abnormal Buas yang akan ditayangkan pada 20 Jun ini.

Isteri kepada pengarah dan pelakon, Adlin Aman Ramlie menyatakan bahawa ini bukan kali pertama dia tampil dengan imej seperti itu.

Menurut Emelda Rosmila Abdul Hamid, keputusan tersebut bukanlah masalah baginya kerana dia pernah mencukur rambut hingga botak ketika remaja.

Malah, dia juga merasakan penampilan watak itu seakan mengingatkan kenangan lamanya.

“Sebenarnya, ini bukan kali pertama saya cukur rambut dan muncul dengan gaya rambut pendek, ketika saya berusia 20 tahun, saya pernah cukur rambut dan mengikut gaya rambut remaja lain…”

“Karakter yang dibawa macam saya ketika umur 19 dan 20 tahun dahulu. Banyak gunakan ‘piercing’ dan berambut botak dirasakan kembali semula kepada personaliti dahulu”

Menurut aktres berusia 45 tahun itu, penampilan berani tersebut dilakukan untuk memberikan kepuasan diri dalam menghayati watak tersebut tanpa dipengaruhi oleh mana-mana selebriti tempatan atau luar negara.

“Saya bukan buat untuk orang tengok saya, tapi buat lebih kepada kepuasan diri. Memang saya tidak merujuk kepada mana-mana karakter luar, semuanya di reka sendiri…”

“Lebih melihat kalau cukur kepala watak itu lebih sesuai, nampak karakter lebih ganas sikit…”

Bukan itu sahaja, suaminya yang juga merupakan salah seorang pelakon dalam filem terbitan Aeril Zafrel, menerima penampilannya dengan baik.

Emelda berkata, penampilannya itu seolah-olah membuatkan Adlin merasakan dia mempunyai pasangan hidup yang baru.

“Adlin baik sahaja, dia suka dan rasa macam ada teman wanita baharu…”

“Selepas daripada itu, dia tak bagi saya panjangkan rambut, dah panjang sikit suruh cukur…”

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Sama Sama Kita Nikmati Perjalanannya” – Jalani Kehidupan Baru Sebagai Ibu Tunggal, Ayat Puteri Sarah Buat Bella Astillah Sentuh Hati
Next article“Jangan Idolakan dan Mengagungkan Manusia, Idola Kan Rasulullah…” – Amir Jahari Dikecam Orang Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here