Home Semasa “Steady Bezza Alert” – Rakaman Dashcam Kemalangan Tarik Perhatian

“Steady Bezza Alert” – Rakaman Dashcam Kemalangan Tarik Perhatian

218
0

Baru sahaja semalam berlakunya satu kemalangan di Jalan Raya. Berdasarkan komen daripada netizen, kemalangan tersebut disyaki berlaku di Terowong Menora Ipoh. Akibat daripada kemalangan yang belum dikenalpasti puncanya, sebuah kereta kelihatan sudah remuk di bahagian bonet hadapan.

Menerusi rakaman dashcam belakang pemilik video iaitu @mikaliy12, dapat dilihat sebuah kereta Honda yang sudah remuk di bonet hadapan seakan melulu laju kehadapan sehingga melanggar belakang kereta pemilik rakaman tersebut. Dalam situasi tersebut juga kelihatan sebuah perodua Bezza yang menyedari kereta tersebut dan terus bergerak sedikit ke bahu jalan. Tindakan pantas Bezza tersebut telah menarik perhatian netizen dan mereka memuji tindakan Bezza tersebut yang peka sewaktu kereta Honda yang tersebut datang dari arah belakang.

“Jadilah pemandu seperti bezza ni sentiasa tengok cermin belakang sentiasa alert dlm apa jua keadaan”

bezza

Lihat video rakaman di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen warganet :

@brightmaple : paling kesian kt kete putih tu. jauh oo kena tolak dari belakang. mesti org dlm tu trauma

@Hanif. : Amalkan waze/maps utk tengok traffic lancar/jammed.. Dah boleh standby.. Tidak kang sedap2 speed depan jammed, berdiri tekan brake huhu

@achu83 : aku salah sorg mcm driver bezza nie.Sbb alert mcm nie.Aku dh slmtkn Rider Grabfood. Alhamdulillah.

@MizzAmniOnline : nape bas tu laju sngt. turun bkt kot. jln ni ckup tkut klu drive tmbh2 jem. ksian kreta putih. jauh dia kna sondol

@KentangPutar : penting jugak tak psg radio kuat² dlm kete..sbb bunyi kt luar boleh dgr.. boleh ngelak awal² selain alert tgk cermin

@Unknown : Sebab benda mcm ni lah sebolehnya saya akan elak lalu menora. Nanti bagi alasan masalah brake lagi. Tak berkesudahan

“lalu sini semalam..dekat 9 buah kereta yg terlibat…1 bas jugak rasa. meremang je bila lalu…”

Berdasarkan komen dari warganet juga ada mengatakan bahawa kemalangan di situ semalam melibatkan 9 buah kereta dan 1 bas. Namun, punca kemalangan masih belum dikenal pasti.

Baca juga : “Waze Pun Boleh Pening Mcmni” – Nyaris Kemalangan Kerana Keliru Arah Jalan

Baca juga : “Nyaris Jatuh Gaung” – Kemalangan di Genting Highlands

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Tiktok dan Instagram

Previous articlePihak Berkuasa Trik Motosikal Pelanggan, Reaksi Peniaga Ini Bt Rmai Yg Sebak
Next article“Tak Dapat Markah Penuh Exam Sebab Tulis Jawapan Flight Lambat”-Jawapan Adik Ni Buat Ramai Tergelak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here