Home Semasa Stadium Shah Alam Baharu Bertaraf Dunia, Jadi Tarikan Peminat Bola Sepak Tanah...

Stadium Shah Alam Baharu Bertaraf Dunia, Jadi Tarikan Peminat Bola Sepak Tanah Air

141
0

Menerusi halaman Facebook, Menteri Besar Incorporated (MBI) berkongsi satu klip video tentang pembaharuan Stadium Shah Alam yang katanya bertaraf dunia. Peminat bola sepak tanah air teruja dengan berita ini dek kerana telah lama mereka berharap Malaysia akan lebih maju dalam sukan bola sepak dan mempunyai fasiliti yang hebat setaraf negara barat.

Menerusi klip tersebut, difahamkan stadium itu mampu menampung kapasiti sebanyak 35000 hingga 45000 tempat duduk dalam sesuatu masa. Stadium itu juga dilengkap dengan kawalan kelembapan dalam ‘ETFE Ceramic Coating’ dan sistem penyejukan tempat duduk.

Tambahan lagi, stadium cukup canggih itu juga boleh dijadikan tempat acara dalaman kerana ia mempunyai teknologi ‘retractable pitch’ iaitu bertukar daripada mod sukan kepada acara dalaman.

Difahamkan, kos pembaharuan stadium tersebut ialah sebanyak RM787 juta. Kos tersebut termasuk kos meninggikan platform stadium sebanyak 1.5 Meter sebagai persediaan bagi menghadapi musim banjir di Shah Alam.

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Jom Tengok Apa Kata Peminat Bola Sepak Tanah Air

@raaa:Stadium Bertaraf dunia ,juga but please take juga sistem perparitan area situ kerap banjir Thankyou

@DUNHILL:Baru lalu tadi bila nk buat.. stadium kerang tinggal kenangan la

@𒅌:Doa2 supayah panjang umur inyallah dapat merasa

@Muhammad Naufal:Good movement 💪🏼 Hope banyak lagi club yg ikut.. Tak perlu buat capacity besar2.. 40k – 50k pon dh cukup..janji padang cun

@Eiman !:alhamdulillah selamat nnti kalo nk tgk bola stadium tu 15 minit je dari rumah saya

@haulaa.:in shaa allah. bakal mnjadi tuan rumah piala dunia akan datang

@𝙔𝙪𝙪𝙠𝙞 𝙑𝙤𝙡𝙙𝙞𝙜𝙤𝙖𝙙:nasib rumah dekat tpi rindu yg lama sbb banyak kenangan

@Prince_Khai:reka bentuk masih ada ciri khas stadium shah alam cuma dimoden kan lebih lagi dgn teknologi ii yg baru

@e wanz’s:macam terlalu awal je. apa kata baik pulih sedia ada lps tu slow slow buat new stadium sebab build up team is more difficult than build stadium

@Naruto Choy:alhamdulillah dapat stadium baru, semoga ada jugak benda yang baru dalam tim

@muhai:mmg bersusun booking untuk progran mcm2. invesment pulangan besar

Wahh, mesti peminat pasukan selangor tak sabar nak ada stadium baharu.. Mesti jadi pujaan ramai nanti..

Previous articleDikatakan Ada Lintah Dlm Makanan, Skli Diri Sendiri Kena Kecam
Next articlePecah Rekod Pizza Terbesar Di Dunia, Dah Macam Padang Bola

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here