Siapa tidak kenal pelakon cantik manis, Sophia Albarakbah. Banyak lakonannya yang menjadi trending dan berjaya raih tarikan ramai.
Umum mengetahui yang Sophia tidak menyorok sama sekali kekasihnya iaitu seorang doktor. Namun baru-baru ini ada desas desus yang dirinya sudah putus hubungan dengan Mr Doktor.
“Maaf Saya Tidak Mahu Komen..”
Bertanyakan tentang status perhubungannya, Sophia mengelak dan memilih untuk tidak berkata apa-apa.
Maaf, saya tidak mahu komen mengenai perkara itu. Saya sibuk membuat persiapan untuk ke lokasi penggambaran termasuk projek filem baru tidak lama lagi.
Menerusi pemerhatian di Instagram Mr. Doktor masih terdapat gambar mereka bersama dan gambar terakhir yang dimuat naik adalah pada 4 Mac lalu.