Home Hiburan “Siapa Ya? Maaf Saya Tak Perasan…” – Ini Respon Rossa Bila Ditanya...

“Siapa Ya? Maaf Saya Tak Perasan…” – Ini Respon Rossa Bila Ditanya Tentang Iqbal

137
0

Ramai mengetahui usahawan yang kini bergelar penyanyi, Iqbal Zulkefli kini berada di Indonesia.

Baru-baru ini, Iqbal berkongsi foto bertemu dengan penyanyi popular dari seberang, Datuk Seri Rossa dan menerusi laporan media tempatan, penyanyi lagu Hujan itu juga berhasrat untuk mendekati Diva Indonesia tersebut .


Bagaimanapun, Rossa akui tidak mengenali Iqbal disebabkan pertemuan mereka ketika bergambar baru-baru ini terlalu singkat tanpa perbualan panjang.

“Siapa ya? Maaf saya tak perasan sebab ramai yang bergambar dan sekejap sahaja, saya terlupa.

“Saya tak kenal siapa dia, saya ingat ada orang Malaysia bergambar dengan saya di acara tayangan filem Love Knots baru-baru ini.

“Tapi kami tidak berbual lanjut selepas ambil gambar bersama,” katanya.

Bagaimanapun, Rossa akui terbuka untuk berkenalan dengan sesiapa untuk tujuan persahabatan.

“Kalau berkenalan untuk berkawan tak apa-apa, tapi kalau teman-teman mahu carikan jodoh untuk saya boleh saja, tapi tak mahu gos1p,” katanya tersenyum.

Rossa berkata demikian dalam sidang media virtual melancarkan single terbarunya berjudul Terlalu Berharap sebentar tadi.

Lagu ciptaan Andmesh itu merupakan runut bunyi bagi filem Love Knots yang dibintangi Rizky Nazzar, Beby Tsabina, Aidil Saputra dan ramai lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rossa (@itsrossa910)


Video Lirik lagu tersebut menampilkan para pelakon filem itu sendiri, manakala video muzik rasminya pula akan menyusul kemudian.

Foto: Instagram Rossa & Instagram Iqbal

Sumber: Gempak

Previous article[Vide0] Meriah sungguh! Pengantin cari isteri dalam bunjut kain batik bikin pec4h pervt
Next articleVideo Amelia Henderson senyap2 rakam Aedy Ashraf nyanyi cuit hati peminat
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here