Pelakon Sheera Iskandar, memohon orang ramai agar mendoakan bapa tercintanya, Tengku Iskandar Putra yang kini dalam rawatan di hospital.
Perkara tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Janji Diana itu menerusi entri Instagram miliknya.
View this post on Instagram
“Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat papa. Syafakallah.
“Mohon doa dari sahabat-sahabat semua buat ayahanda Sheera semoga sihat seperti sedia kala,” katanya di Instagram.
View this post on Instagram
Mengulas lanjut, Sheera juga memberitahu dia dan adik perempuannya, Tengku Mia ter.paksa pulang ke ibu kota atas urusan kerja.
“Sheera dengan adik, Tengku Mia terpak.sa ber.tolak balik ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.
“Semoga papa terus sihat, kami sentiasa mendoakan walau dari jauh,” ujarnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis menitipkan doa yang baik-baik buat bapanya agar diberikan kesihatan seperti sedia kala.
“Insya-Allah, semoga Allah permudahkan,” komen pelakon Azhan Rani.
“Kekal tabah, semoga sembuh seperti sedia kala…” komen juga pelakon Salina Saibi.
“Syafakallah, semoga cepat sembuh,” komen pelakon Lufya Laana.
Sumber: Utusan