Akhirnya teka-teki terjawab apabila identiti juri misteri di sebalik watak ikon Maharaja Lawak Mega (MLM), Sang Bara, didedahkan.
Boleh dikatakan ramalan warganet tepat kerana sebelum ini ramai yang meneka Sharnaaz Ahmad di sebalik ‘Sang Bara’ sejak episod kedua MLM 2021 disiarkan.
Tambahan lagi apabila ada netizen yang gigih menyiasat dan membuat tapisan suara semata-mata untuk mengetahui identiti juri misteri bemulut lancang itu.
Mengulas mengenai pemilihannya sebagai ‘Sang Bara’, Sharnaaz berkata karakternya di media sosial yang suka cakap lepas mungkin antara faktor dia dipanggil untuk mengisi watak juri misteri tersebut.
“Terima kasih kepada pihak produksi yang menjemput saya masuk MLM 2021. Sebenarnya ini bukan kali pertama saya diundang untuk memberikan komen kepada para peserta di MLM.
“Pada tahun 2016 saya ada buat tetapi melalui komen di laman sosial Twitter sahaja. Cuma untuk edisi kali ini sebagai ‘Sang Bara’.
“Kenapa mereka (produksi) pilih saya…Mungkin kerana saya jenis cakap lepas di media sosial kot. Tapi bukan main cakap saja, ada input yang saya bagi.
“Untuk MLM 2021 ini bagi saya, ada kumpulan yang dengar nasihat juri dan berikan kelainan dan itu sangat bagus,” katanya.
Dalam pada itu, Sharnaaz turut memuji kumpulan Bahye yang disifatkan sebagai antara peserta yang terbaik di pentas akhir MLM 2021.
“Bahye is the best untuk final. Saya tak suka Bahye nombor empat sebab mereka menunjukkan peningkatan.
“Mereka improvise persembahan dan ada inovasi. Macam tadi, persembahan mereka di pusingan kedua sangat bagus,” katanya.
Pada pentas akhir MLM 2021, kumpulan TIRO yang dianggotai oleh Sharif, Syaiful dan Danial Zaini muncul juara sekaligus membawa pulang RM500,000.
“Mereka deserved untuk menjadi champion malam ini,” katanya ketika mengulas mengenai kemenangan Tiro.
‘Kaji Semula Juri, Tak Perlu Ada Sang Bara Dalam Maharaja Lawak Mega’ – Shahrol Shiro
Kumpulan Tiro muncul juara dalam program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) pada pentas akhir yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC), pada Jumaat malam.
Artikel Berkaitan: Fad & Achey Bawa Gambar Arwah Abam Di Pentas MLM2021, Gugur Air Mata Uqasha Senrose & Penonton – ‘Bertiga Itu Sementara, Tapi Bocey Itu Selamanya’
Penat berbaloi
Pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro antara rakan selebriti yang melayangkan ucapan tahniah kepada kumpulan Tiro. Kata Shahrol, 37, penat lelah selama 10 minggu Sharif, Melati dan Danial Zaini beraksi di atas pentas berbaloi.
Tahniah Tiro! Hasil penat lelah 10 minggu disulami keikhlasan serta doa diberi kemanisan malam ini.
Tak perlu ada sang bara
Tambah pemilik nama Shahrol Azizie Azmi, dia mengharapkan agar pihak penganjur membuka platform kepada semua komedian bukan setakat juara untuk terus menghiburkan orang ramai.
Selain itu, pelakon drama Kifarah: Duit juga mencadangkan agar mengkaji semula pemilihan juri serta menyingkirkan sang bara yang dipegang oleh pelakon Sharnaaz Ahmad.
Buat Astro Warna, berilah ruang seluasnya bukan sahaja juara tetapi kesemua komedian yang ada. Jangan dikvbur bakat mereka dan hanya gah bersorak sewaktu MLM sahaja. Selepas itu hilang tanpa berita.
Jika ada MLM lagi perlu dikaji semula pemilihan juri. Tak perlu la ada sang bara. Malam ini kita meraikan peserta finalis, bukan drama siapa sang bara.
Tahniah semua finalis dan peserta MLM2021.Teruskan berkarya dengan ikhlas dan revolusikan industri komedi tanah air.
Terdahulu, kumpulan Tiro meraih tempat pertama dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.
Namun begitu ada yang tidak bersetuju denagn Shahrol Shiro
“Alahai… jgn la semuanya nak dijadikan isu! Bkn xtau strategy Astro.. awak dulu pun dr Astro jugak! Bila dah acah2 jd ahli politic semuanya nak dikondem ke?”
Netizen bid4s Shahrol :
Sumber: Instagram @shahrol_shiro
Foto: Astro & Azrul Rafiea