Home Hiburan Redah Hujan, PM Turun Padang Lawat Kawasan Banjir! – “Kita Pastikan M4ngsa…”

Redah Hujan, PM Turun Padang Lawat Kawasan Banjir! – “Kita Pastikan M4ngsa…”

129
0

Keadaan cuaca yang masih hujan tidak menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk turun padang melawat m4ngsa banjir.

Menerusi satu hantaran di Twitter rasminya, Ismail dilihat meninjau kawasan sekitar Kampung Bukit Lanchong, Putra Height, Selangor.

“Ramai penduduk Kampung Bukit Lanchong tersek4t akibat banjir di kawasan Putra Heights, Selangor.

“Saya sempat bertanya sendiri dengan m4ngsa banjir mengenai situasi yang mereka hadapi,” katanya.

Tambah beliau, Pasukan Bomba dan Penyelamat terus melaksanakan kerja-kerja memindahkan dan membantu penduduk yang terk4ndas di kawasan tersebut.

“Kita akan pastikan setiap mangsa banjir menerima bantuan dengan cepat dan pantas,” katanya.

Terdahulu, Ismail menegaskan keutamaan kerajaan kini ialah memindahkan mangsa banjir yang terperangkap demi menyelamatkan ny4wa mereka.

Beliau berkata selain itu kerajaan juga akan memastikan bekalan makanan disediakan untuk mangsa-mangsa banjir terutama di sekitar Lembah Klang, yang paling teruk terjejas dalam bencana banjir kali ini.

“Kita tidak boleh tunggu lagi, (bantuan lain) akan bincang kemudian, yang penting sekarang selamatkan mangsa, yang terperangkap pindahkan dahulu ke tempat selamat.

“Kewangan, bantuan lain kita boleh uruskan kemudian,” katanya.

Sumber: Gempak

Previous articleShahrol Shiro Tak Puas Hati Ada Sang Bara, Pemilihan Juri, Sekali Kena Bid4s Balik
Next articleAnzalna Mahu Bantu Mana Termampu, Fokus Famili Ada Anak Kecil, – “Sed1h Tengok Banyak Rumah Dinaiki Air, Kereta Dan Motor Ros4k”
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here