Home Hiburan “Setiap Pagi Saya Nampak Happy Di Radio, Tapi Balik Rumah Saya Akan...

“Setiap Pagi Saya Nampak Happy Di Radio, Tapi Balik Rumah Saya Akan Menangis Rindu Anak..” – Fizi Ali

456
0

Fizi Ali, merupakan penyampai radio Hot FM dan namanya cukup dikenali peminat yang mendengar siaran Radio Hot Fm.

Baru-baru ini Fizi Ali telah melangsungkan perkahwinan kali kedua bersama Siti Zulaikha yang juga merupakan rakan bisnesnya. Menurut Fizi Ali, perkahwinan ini mengembalikan semula kebahagiaan dalam hidupnya.

fizi ali

Memetik laporan Harian Metro, sejak bercerai, Fizi akui hidupnya terumbang-ambing dan menangis hampir setiap hari kerana merindui ananya, Nurul Ameena Sofia.

“Sebelum ini, hidup saya sangat menyedihkan. Bayangkan setiap pagi saya nampak gembira di konti, namun ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, saya akan menangis kerana terlalu merindui anak.

“Ibu saya juga pernah mencadangkan untuk pergi mendapatkan rawatan pakar kerana risau dengan keadaan kesihatan mental saya ketika itu.

Pada masa sama, isteri pernah berjanji sebelum berkahwin untuk mengembalikan senyuman saya yang hilang. Alhamdulillah, dia benar-benar menepati janjinya itu,” katanya.

Bertanya soal anak, Fizi Ali berkata yang dia bersyukur hubungan anaknya dengan anak tiri adalah sangat baik.

fizi1

“Saya sangat bersyukur kerana Ameena mudah menyesuaikan diri dengan ibu tirinya. Mungkin kerana isteri seorang yang penyayang dan bijak mengambil hati kerana dia juga ibu tunggal yang memiliki seorang anak. Selama ini Ameena membesar sendirian tanpa adik-beradik lain. Jadi, bila mempunyai seorang kakak sekarang, dia nampak sangat gembira. Mereka sangat rapat, kalau ke mana-mana pun asik berpegangan tangan”

Untuk rekod, Fizi pernah berkahwin dengan pelakon, Shakila Khoriri pada 18 Februari 2018 namun telah bercerai pada Disember 2021.

Previous articlePeserta Hero Dewi Remaja 2023 Dihentam Tidak Pandai Peribahasa Melayu
Next articleAkaun Instagram Allahyarham Siti Sarah Digunakan Untuk Perniagaan, sekali Shuib Tampil Beri Penjelasan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here