Serina binti Redzuawan merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan ahli perniagaan. Beliau dilahirkan pada 27 Oktober 1983, berasal dari Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan anak kepada Datuk Chef Wan.
Baru-baru ini tular mengenai bapanya atau lebih dikenali sebagai Chef Wan disahkan menghidap kanser limfoma. Menerusi akaun Instagram miliknya beliau memaklumkan dirinya kini dalam keadaan stabil kerana kanser dihadapinya masih di peringkat awal.
Beliau didiagnos menghidap kanser itu selepas menjalani ujian electrocardiogram (ECG) di sebuah hospital.
Lihat klip durasi pendek luahan Serina:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Anak perempuan Chef Wan membuat satu luahan di media sosial mengatakan beliau menahan sebak apabila mendapat tahu menerusi mesej oleh Chef Wan sendiri, bahawa bapanya telah menghidap kanser limfoma. Beliau juga berasa seperti hati berkecai ke lantai selepas dimaklumkan berita sedih itu.
Serina turut mengatakan mengagumi pada bapanya yang sering membantu orang lain, dan meminta orang ramai mendoakan agar bapanya diberikan kesembuhan segera.
“Saya bangga dengan papa, Insyallah sakit tanda Allah sayang mencuci dosa dan menaikkan darjat kita sebagai manusia. Mudah-mudahan sahabat semua yang membaca nurkilan Serina ini, tolong doakan kesembuhan buat papa ya”-Kata Serina
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Youtube dan Instagram
[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’5′]