Menerusi halaman tiktok, akaun @kisahseramtiktok ada berkongsi tentang suatu kisah seram yang berlaku di Pantai Klebang Melaka. Kejadian ini terjadi kepada pasangan pengantin yang ingin mengambil gammbar perkahwinan outdoor. Ia berlaku sekitar tahun 2015. Kini, Kawasan kejadian sudah ditutup dan tidak dibuka untuk orang awam.
Pada awal pengantin tersebut sampai ke pantai, tiada apa-apa yang terjadi. Ramai juga pasangan lain yang sedang melakukan penggambaran. Sehingga waktu senja, penjaga kawasan tersebut ada bertemu mereka dan meminta mereka keluar daripada kawasan itu secepat mungkin. Nak dijadikan cerita, pada masa tersebut kereta mereka tersangkut di dalam pasir. Jadi mereka terpaksa menolak kereta supaya ia dapat jalan.
Keadaan semakin gelap dan mereka mencuba mencari jalan untuk keluar dari situ, tapi malang untuk mereka kerana mereka tidak menjumpai jalan keluar. Hal ini kerana keadaan sudah semakin gelap. Kemudian mereka menekan hon bagi mendapatkan pertolongan kerana mereka sudah sesat di kawasan tersebut. Dalam pada itu, mereka ada ternampak seseorang membawa motor, mereka memanggil kemudian motor itu berlalu pergi seperti tidak nampak mereka.
Tiba-tiba, datang seorang lelaki yang datang tidak tahu dari mana. Lelaki tersebut bertanyakan kepada mereka tentang masalah yang dihadapi mereka. Kemudian lelaki tersebut yang mereka tersalah jalan. Dia berkata, korang sepatutnya ‘pusing bulat’ untuk keluar. Pengantin itu pun pelik, pusing bulat macam mana pulak…
Mereka juga mencuba untuk menelefon keluarga mereka, namun mereka tidak dapat dihubungi. Waktu isya malam itu, baru lah mereka dapat keluar daripada kawasan tersebut.
Sewaktu mereka hendak keluar, ada seorang lelaki berbangsa cina yang menegur mereka. Dia bertanya kenapa mereka berada di situ. Selepas menjawab tentang semua perkara yang terjadi. Lelaki cina itu berkata, kenapa tidak azan je semasa kena..Kemudian baru merkea terfikir kenapa mereka tidak azan, mungkin masa itu mereka terlalu blur..
Rupa-rupanya, tempat yang mereka tersangkut dengan jalan luar amat dekat. Namun, tidak ada seorang pun yang nampak mereka. Kemudian, semasa hendak keluar. Lelaki yang naik motor tadi ada menegur mereka. Dia berkata yang dia memang sedang mencari mereka namun tidak jumpa. Dia juga berkata yang dia memang tidak nampak langsung semasa mereka sedang memanggil. Sebab itu mereka berpatah balik.
Kemudian mereka pun balik ke rumah. Selepas mereka mandi dan duduk di hadapan cermin, dia ada mendengar suatu bunyi yang pelik. Dia mendengar suatu bunyi sayuu seperti seorang sedang menangis. Dia kemudian bertanyakan kepada orang di luar bilik. Namun mereka berkata tidak ada sesiapa pun yang menangis.
Kemudian baru lah mereka sedar yang mereka sebenarnya disorok bunian. Tempat mereka disorok itu pun tiada pasir sebenarnya. Jadi, siapa yang halang kereta mereka bergerak….
Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh
View this post on Instagram
Jom Tengok Apa Kata Netizen
@eina rozarina:rumah sis mmng dkt dgn pantai klebang ni..tmpt tu mmng ramai pgantin buat photoshoot.tp Kalo tgk view x brapa cantik Pon.
@Mas❤️:nenek kita asal klebang,dulu nenek kata kat pantai tu mmg diaorg hntrkan brg2 makanan dalam bot kecik dan tolak ke arah laut utk bagi….tettt makan😅
@anih 69:dlu hari ii lepk situ mlam ii oke je
@DhiyaFara:alaa lehh ade suara lak nangis tu😅 nasib dgr siang..tmpt² cmtu mmg ade je seram dlu g siang pun sama rasa nye
@Pandaganashhh🐼🔥:Patutlah tangkap gambar kt sna dah berpagar tapi masuk jelah sbb pikir mmg tempat tu ok je
@MiszOmel:ari tu ada g kawasan berpasir ke pantai. kete parking jauh …agaknya ni ke kawasan tu… mmg rasa pelik lokasi tu..fikir ngapa tak buka jln ke situ
@ッ𝙰𝚍𝚎𝚕𝚕「𝚉¹乂𝙳𝚎𝙻𝙻」:Ramai kena kacau , btw lepas jam 7 mmg dielakkan ke arah tempat photoshoot . 99% mmg akan hilang 😌 tapi kalau tepi pantai okay je
@💋爪丨ㄥ卂❤️:subuh2 hari dgr ni meremang juga weh😂
@kbye:Aq pegi dulu ponn siang .. jalan kaki time tu sebab pasir still lembut .. nk bawak motor masuk pon terhuyung hayang 😁😁
@ShoopinkShop✨:pernah jd kat diri sndiri , lepak dgan mmber, gayat nau nak tgok sunset hamek kau tak jumpa jalan nak kluar stuck dri 7.30 smpai kol 9.45 ..
@Zulhilmi:aku gn membe aku pun pnh kena bkn sbb kena sorok tapi sbb jalan gelap sngt so tak jumpa kete letak mna
Fuh seramnya, mujurlah tak jadi apa-apa.. Selepas ini kalau nak pergi kawasan yang tidak biasa ni. Berhati-hati lah dan kalau boleh keluar sebelum waktu senja kerana kita tidak tahu siapa lagi yang tinggal di situ…