Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akauan Tiktok shafiqrazak46, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana 2 orang peniaga berkongsi cerita bahawa ada seorang pelanggannya datang ke restoran beliau. Pelanggan tersebut merupakan seorang lelaki yang sedang merayu dan meminta makanan kepada mereka berdua kerana 2 orang anaknya belum makan lagi. Namun apa yang dilakukan oleh dua peniaga ini telah raih perhatian ramai. Serta reaksi pelanggan ini seperti menahan sebak apabila peniaga itu beri makanan tersebut.
Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan berasa sebak melihat reaksi pelanggan itu sambil mengelap air mata ketika keluar dari restoran tersebut. Ada juga yang mengatakan di ruangan komen bahawa perkara ini tidak dikira sindiket kerana pelanggan tersebut hanya meminta makanan bukan wang. Oleh itu, netizen juga mendoakan kepada pemberi itu semoga beliau dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 275.5K penonton, 15.5K sukaan dan 1387 komen.
Pemilik akaun ini juga menulis kapsyen seperti dibawah:
“Kami didatangi seorang yang merayu minta makanan. katanya untuk 2 orang anak dia yang tak makan lagi. Luruh hati kami terus kami beri makanan untuk dia percuma. katanya nak bayar nanti bila ada duit”
Baca lagi: Jawapan Pakcik Apabila Ditanya Kenapa Berniaga Tengah Hujan Buat Netizen Sebak
Baca lagi: “Untung awk dpt bapa saudara yg sygkan anak saudara, tmbah sebak bila dpt tau ayah dia dh meninggal” -Netizen
Lihat klip durasi pendek reaksi peniaga tersebut:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@secretkeeper: beza orang susah dengan sindiket,
sindiket minta duit, org susah minta makanan..
@veexiiairmatakaca: mungkin ini petanda dri allah nak dtgkn rezeki lbih buat awak
@AmirulAli: I saw he was like to wipping his tears..to Akak who helping him I wish may you sustenance grace abunity, Aamiin
@RayGen: terima kasih bang..setiap jln cerita seseorg tu x sama dgn yg lain.. respect ko broo
@khairul: kdg kala Allah hantar ujian pada kite dlm berniaga,nk tgok kite MCM mna…smoga di mrhkn rezeki
@MamaZa74: Subhanallah Alhamdulillah Allahhuakhbar
Smoge Allah Luaskn Pintu Rezeki Kpd Kdua2 Belah Pihak … Aamiin3 Yra , Sye Tumpang Tharu
@Bro Ijam: terbaik..sy respect peniaga mcm ni..insyaALLAH broo..kalo kite mudahkan org lain..ALLAH akan mudah kan urusan kita..janji ALLAH tu pasti…
@Izz Alynn: kite xkan jatuh miskin kalau bg org lain makan ,semoga rezeki akk mengalir seperti air zam2
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram