Sebuah video Tik Tok tular, di mana seorang pelajar kolej lelaki yang berpakaian jersi bola sepak berwarna biru keluar dari Perodua Ativa berwarna merah miliknya, mengambil beg sampah dari bonet kereta nya.
Tanpa berlengah, dia kemudian melempar beg plastik sampah tersebut ke dalam sungai dan pergi.Kejadian tidak sedap dipandang itu dipercayai berlaku pada Jumaat lalu (10 Feb).
Lihat video di bawah :
@budakk_kampungg Ni di nama kan orang bodoh punye bnyak tong sampah kt malaysia ni kt sungai jgk kau nk buang sampah kemain bodoh lgi otak kau #kasiviral #foryoupage #fyp #bodohtakabis2
Tetapi, siapa sangka, pelajar lelaki yang berusia 19 tahun itu kemudiannya menghubungi polis dan mengaku melakukan perbuatan itu bagi membantu siasatan polis pada hari yang sama, lapor Harian Metro.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, siasatan mendapati pelajar itu membuang juadah India seperti ladoo dan barfi yang biasa digunakan sebagai sembahyang.
Lihat apa pula komen dari warganet :
Kes itu kini disiasat di bawah Peraturan 52 Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959 (Peraturan 52 LN 166/59), yang memperuntukkan denda sehingga RM300.
Saksi juga digalakkan menghubungi ketua penyiasat Inspektor Mohamad Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222.
Sumber : WeirdKaya