Meskipun bukanlah seorang artis, namun nama Intan Saleh cukup dikenali selepas perkahwinan yang dibina dahulu berakhir angkara orang ketiga. Malah wanita cekal ini juga dahulunya sempat bermadu dengan pelakon terkenal Izreen Azminda. Namun selepas tiga tahun berlalu sejak peristiwa itu, akhirnya ada sinar baru menantinya.
Masa ni dah menangis dah…Meleleh-leleh air mata, happy tengok Muksu bahagia
Terbaru menerusi perkongsian di Instagram, Intan telah pun selamat diijabkabulkan dengan seorang pemuda yang bernama Aizam Yahya. Wanita berusia 35 tahun itu dilihat masuk ke dewan yang dihias indah sambil diapit oleh dua orang puteranya iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.
Dinikahkan sendiri oleh ayah dengan hanya sekali lafaz…Intan tak dapat tahan sebak
Dengan hanya sekali lafaz, kedua-dua mempelai telah pun dinikahkan sendiri oleh si bapa. Pasangan ini kelihatan cukup sepadan mengenakan busana pengantin berwarna peach. Jelas kelihatan wajah Intan yang tidak dapat menahan sebak ketika Aizam menyarungkan cincin di jari manisnya. Dalam pada itu, majlis tersebut berlangsung cukup meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan juga rakan-rakan.
View this post on Instagram
Berbaurkan rasa bonda masa sarung cincin tu…Saat yang dinantikan, bonda selayaknya bahagia
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat kebahagiaan yang akhirnya dapat dikecapi Intan. Dalam pada itu, ramai juga yang mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru tersebut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber:Instagram Intan Saleh via KLMENJERIT