Tweet tular yang dikongsi oleh pengguna Twitter @monkeydisease menunjukkan Alphard putih yang parking di atas lintasan zebra pejalan kaki, menghalang laluan bagi pelajalan kaki.
Pengguna tersebut tweet dan berkata dia terpaksa berjalan di jalan kenderaan dengan bayinya dan menolok kereta bayi kerana lorong pejalan kaki tersebut disekat.
Wow, Alphard got number plate JUT4 but no money to park at proper parking? Cerita sedih. Had to walk on the street with my baby in a stroller cos of this rich fam (2 ladies and a man going for a run in the park). Kalau kerusi roda how? pic.twitter.com/w1hmwZquTV
— Annatasha (@monkeydisease) March 6, 2023
Sementara itu, warganet meminta wanita tersebut menghubungi perkhidmatan tunda majlis perbandaran supaya mereka boleh menunda mana-mana kenderaan yang menghalang laluan pejalan kaki.
Pun begitu, ada yang mencadangkan supaya saman diberikan mengikut kelas kereta tersebut.
Lihat apa kata warganet :
Sebagai pengguna awam, kita tidak bolehlah selalu pentingkan diri sendiri. Ketahuilah, bahawa hak awam adalah bersama dan harus dikongsi bersama-sama.
Menurutnya, ini akan menakutkan pemandu daripada meletak kenderaan yang tidak bertanggungjawab di ruang yang dimaksudkan untuk pejalan kaki.
Korang pernah hadapi masalah yang sama tak ?
Sumber : The Rakyat Post