Ianya sentiasa menarik melihat bagaimana penjual makanan tempatan dan pekerja restoran berinteraksi dengan pelanggan asing. Ini kerana, traveller luar negara yang mungkin tidak fasih berbahasa Melayu.
Seorang penjual ayam bakar Sabah baru-baru ini tular di Instagram selepas video dia berkomunikasi dengan pelanggan Korea Selatan dalam Bahasa Korea dimuat naik di Instagram.
Dalam klip berdurasi 29 saat yang dimuat naik oleh pengguna Instagram @myweekendplan, peniaga wanita itu dilihat menerangkan makanan yang dijualnya kepada pelanggannya.
Baca juga : “Sedap Lah Abang Korean Ni Nyanyi Lagu Melayu. Tak Pelat Langsung..” – Netizen
Baca juga : Mengejutkan! harga pakaian Sekolah Korea Selatan bernilai 1 juta KRW (RM3.5K)
Dia memberitahu pelanggannya tentang harga ayam bakarnya semasa dia membungkus order mereka dalam beg plastik hitam, dan kemudian mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana membeli makanannya.
“RM6 untuk lima keping kepak ayam. Awak nak yang mana?” tanya peniaga tersebut kepada pelancong dalam bahasa Korea
Ramai yang memberi tahu bahawa iainya adalah perkara biasa untuk melihat vendor di Pasar Besar Kota Kinabalu bercakap dalam bahasa Korea dan bahasa asing lain.
“Setiap peniaga di Pasar Besar Kota Kinabalu boleh bertutur dalam bahasa Korea, Jepun, Cina, dan Inggeris kerana kebanjiran pelancong yang datang berkunjung,” kata seorang komentor.
Sumber : SAYS