Home Isu Semasa Mengejutkan! harga pakaian Sekolah Korea Selatan bernilai 1 juta KRW (RM3.5K)

Mengejutkan! harga pakaian Sekolah Korea Selatan bernilai 1 juta KRW (RM3.5K)

159
0

Baru-baru ini, Korea Selatan telah digemparkan dengan harga pakaian seragam sekolah yang beharga lebih 1 juta KRW bersamaan RM3.5K. Joong Ang Ilbo telah melaporkan bahawa sebuah sekolah rendah di Busan telah menghantar notis pemberitahuan kepada ibu bapa mengenai kenaikan harga pakaian seragam kepada ibu bapa.

photo 2023 01 14 22 06 57

Mulai tahun 2023, semua pelajar akan diwajibkan untuk memakai pakaian seragam sekolah baharu yang berharga 1.05 juta KRW (RM3.68K) untuk pelajar lelaki, manakala 1.07 juta KRW (RM3.78K) bagi pelajar perempuan. Pakaian seragam lelaki tersebut termasuk jaket, seluar dan baju manakala bagi pelajar perempuan akan termasuk jaket, dress dan baju. Pilihan item bagi pelajar lelaki seperti tali leher berharga 20,000 KRW (RM70) dan kardigan berharga 98,000 KRW (RM343).

photo 2023 01 14 22 06 55

Bagi kanak-kanak pula memerlukan lebih daripada satu pakaian seragam, jadi perlu sekurang-kurangnya dua helai pakaian seragam untuk setiap kanak-kanak. Ibu bapa turut mengadu dan mengatakan “Harga satu uniform telah melebihi 1 juta KRW. Bukankah terlalu mahal untuk sekolah swasta? kenaikan harga sebanyak 3 kali ganda daripada uniform tahun lepas.”

photo 2023 01 14 22 06 52

Sebagai tindak balas, pihak sekolah turut menyatakan bahawa “Pakaian seragam dibuat dengan tangan satu demi satu. Sulaman dan reka bentuk dilakukan oleh pereka Hanbok yang terkenal dan masing-masing dibuat dengan hati untuk mendoakan setiap pelajar kejayaan, kekayaan, kehormatan, kesihatan dan umur yang panjang.”

Previous articleSungguh malang dari gaji RM540,000 seminggu, kini Ronaldinho hanya ada RM27 dalam poket seluar!
Next articleTerjumpa Duit RM23,000 Lebih Yang Ditinggalkan Penumpang, Sekali Ini Ganjaran Untuk Pemandu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here