Home Uncategorized “Sedihnya Hari Ini” – TMJ Titip Pesanan Kepada Pihak Yang Hanya Berlakon...

“Sedihnya Hari Ini” – TMJ Titip Pesanan Kepada Pihak Yang Hanya Berlakon Bantu Mᾰngsa Bᾰnjir

133
0

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil bersuara terhadap isu bantuan yang diberikan kepada man.gsa ban.jir yang melanda negara baru-baru ini.

TMJ Pastikan Setiap Hari Ada Bantuan

Menerusi hantaran di Insta Stories, TMJ memberitahu setiap hari baginda akan memastikan terdapat bantuan atau sumbangan akan disalurkan buat mereka yang memerlukannya.

“Setiap hari pastikan ada bantuan/ sumbangan untuk bantu orang ramai. Sepanjang tahun. Tak Kisah banjir, pandemik atau tidak..

Hanya bantu rakyat sepanjang masa yang kita mampu. Ianya tugas dan tanggungjawab. Hanya selesaikan tugas, Tak perlu berlakon.”- kongsi TMJ
PicsArt 12 28 11.19.25

Dalam pada itu, TMJ turut menyifatkan situasi kini telah memperlihatkan segelintir pihak hanya ingin berlakon di hadapan umum dan tidak mementingkan jumlah bantuan yang disalurkan.

“Sedihnya hari ini bukan mengenai apa yang anda lakukan yang penting. Berapa ramai yang anda bantu atau seberapa kerap tidak lagi penting. Ia mengenai sejauh mana anda bagus berlakon.”-kongsi TMJ lagi

Minta Pihak Yang “Berlakon” Kembali Ke Hollywood

IMG 7563 e1640661724925

Dalam hantaran yang sama, TMJ turut mengucapkan syabas terhadap pihak yang ikhlas memberikan bantuan. Manakala, mereka yang hanya berlakon semata-mata baginda memberi kiasan untuk ‘kembali ke Hollywood’.

“Kepada yang ikhlas dan membantu genuinely syabas. Yang acting go back to Hollywood”-pesan TMJ

PicsArt 12 28 11.18.44

Sekadar perkongsian dan jangan lupa komen yang baik baik sahaja. TQ

Sumber: Murai

Previous article“I Kenal You, You Tak Kenal I” – Humblenya! Video Siti Nurhaliza Tegur Cikgu Gimnas Zaman Sekolah Curi Perhatian
Next article“Sempoi”- Shukri Yahaya kongsi video ‘sweet’, komen Sharnaaz Ahmad pula cuit hati netizen
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here