Bekas menantu kepada jurulatih bola sepak kebangsaan iaitu Datuk Zainal Abidin Hassan, Suzur Sofea, meluahkan rasa sedih apabila bekas bapa mertuanya itu tidak dapat membantu menyelesaikan konflik rumah tangga membabitkan dirinya dengan bekas suami iaitu Mohd Zaiza.
Suzur Sofea Smeth Jaya, 32, berkata beliau mengharapkan agar bekas mentua dapat menjadi orang tengah, namun Zainal dilihat enggan masuk campur dalam kemelut rumah tangga yang dilandanya.
“Saya agak sedih, saya mendapat mesej daripada dia (Zainal Abidin) mengatakan tolong jangan libatkan saya dalam kes rumah tangga dan saya tak mahu ambil tahu…” – Suzu
“Bagi saya, siapa lagi saya nak cari dan luahkan, ketika saya masuk Islam bagi saya mereka lah keluarga saya, tapi bila rumah tangga kami retak. Tolonglah nasihatkan anak mereka…” Katanya
Terdahulu, Mohd Zaiza mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Sofia pada 25 Febuari lalu.
Lihat klip video di bawah:
Sumber: Tiktok
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.