Home Hiburan “Sedap Macam Suara Saya” – Iqbal Puji Suara Aliff Syukri, Tapi Netizen...

“Sedap Macam Suara Saya” – Iqbal Puji Suara Aliff Syukri, Tapi Netizen Pula Tak Setuju…

128
0

Sejak akhir-akhir ini, nama pengusaha kosmetik, Datuk Aliff Syukri kembali p4nas selepas mengumumkan bakal meluncurkan lagu raya baharu tidak lama lagi.

Hal ini kerana, sepotong sedutan daripada klip video lagu berjudul Kelepok Raya itu viral selepas menampilkan penari-penari dengan gerakan tarian yang keterl4luan, selain pakaian yang digayakan juga tidak bersesuaian dengan tema lebaran.

Dalam masa yang sama, ibu kepada Aliff iaitu Bonda Rozita turut m3ngkritik tindakan anaknya itu secara terbuka di media sosial.

Terbaharu, Aliff memuat naik sepotong video yang menampilkan dirinya menyanyi sebahagian daripada lagu berkenaan dalam sebuah studio rakaman.

Menerusi ruangan kapsyen, Aliff menulis: “Komen jujur please suara saya. Sumpah ini suara asli saya. Saya anti-autotune.


“Siapa tak sabar tunggu esok (hari ini) lagu ni nak released jam 12 tengahari di Rusa Music… Korang mesti beri like banyak-banyak. Thank you awak saya amat hargai,” tulisnya.

Menariknya, respons yang ditinggalkan di ruangan komen juga turut mencuit hati. Antara yang meninggalkan komen termasuklah pengsohor Iqbal Zulkefli. Peserta Big Stage 2022 itu berkata, suara Aliff sedap, mirip dengan suaranya.

Begitupun, pada ruangan balas, ramai yang memuji bahawa suara Iqbal lebih sedap untuk didengar berbanding Aliff.

“Kalau nak dibandingkan dengan datuk, suara awak kot sedap lagi.”

“Kalau dibandingkan suara kau dengan Alip rasa sedap lagi suara kau walau ke laut tak berapa nak dalam.”

Dalam pada itu, pelakon Aeril Zafrel turut bergurau dengan meninggalkan komen pada video berkenaan.

“Art berat ni datuk,” tulisnya.

Untuk rekod, Aliff Syukri pernah menerbitkan sebuah buah lagu raya sebelum ini berjudul Jom Raya.

Sumber: Gempak

 

Previous article“Dah Lama Plan Nak Buat YTC Sendiri” , Erra Fazira Jadi Youtuber , Content Pun Best!
Next article“Ustazah Sekejap Ya. Saya Tengok Ramai Yang…,” – Sepupu Neelofa Men1nggal Dun1a
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here