Menerusi halaman tiktok, tular satu video dua orang lelaki korea menyanyikan lagu melayu iaitu lagu Malam Semakin Dingin. Nyanyiannya itu sungguh baik dan berjaya mencuri perhatian netizen. Klip video tersebut mencecah sebanyak 400 ribu tontonan dan 30 ribu sukaan. Rata-rata netizen terpegun dek kerana nyanyiannya itu sungguh baik. Sebutan mereka dalam bahasa melayu juga sungguh jelas dan tidak pelat.
Buat pengetahuan, duo Hoon Doo ini agak terkenal di laman sosial. Malah mereka juga pernah mengintai untuk memasuki pertandingan menyanyi Big Stage. Mereka juga pernah menjadi penyanyi jemputan di Gegarvaganza. Ramai peminat yang tergila-gilakan mereka kerana mempunyai paras rupa yang menarik dan suara yang begitu merdu.
Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh
View this post on Instagram
Jom Tengok Apa Kata Netizen
@Angkol Moro:Dorang datang Malaysia..Mungkin Astro panggil dorang untuk Join Big stage 5. Kalau dorang tersenarai, Memang Bestlah
@Riana Razak:Terbaik korea suka sgt dia nyanyi lagu melayu
@ctaishahse:rasa mcm ternampak masa GV baru ni
@umi:suara ya sedap didengar lemak merdu
@Rienie BIG PLAYER:Terbaik laaaaa.. Memang best sgt
@LadyHermosa :sedap suara dia nyanyi lagi melayu
@❤️HyeYunk🕊️:penuh feeling dia menyanyi..
@buah hatiku85:sedap suara dia owg. pandainy dia Nyanyi lagu Melayu..
@Murad.roy:moga ada komposer buatkan lagu untuk merea berdua
Memang sedap betul diorang nyanyi, tak pelat langsung. Habislah penyanyi melayu dah tak boleh cari makan…
Sumber Tiktok dan Instagram