Alhamdulillah, rezeki anak dan bulan Ramadan,” kata pengacara terkenal Awal Ashaari apabila dia sekeluarga termasuk isterinya juga pelakon Scha Alyahya dan dua anak perempuan mereka iaitu Lara Alana, 7, dan Lila Amina, setahun, dilantik menjadi duta lampin jenama antarabangsa, Molfix.
Sekali gus menjadikan mereka sebagai duta pertama jenama berkenaan yang terkenal di Eropah bagi pasaran dalam negara.
Foto: IG
Awal, 41, atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari berkata, mereka kini berada di Istanbul, Turki bagi menjalani penggambaran iklan jenama itu.
“Satu pengalaman yang baru bila dapat berkunjung ke negara asal Molfix dan dapat belajar bagaimana lampin dihasilkan. Banyak kajian sudah dibuat terhadap gaya hidup bayi Asia untuk mencipta sesuatu yang sesuai buat bayi Malaysia kita.
View this post on Instagram
“Jenama antarabangsa ini khusus dalam lampin dan kain lap untuk bayi malah sudah menjadi peneraju pasaran dalam Eropah serta banyak bahagian dunia selama lebih 20 tahun.
“Hari ini, mereka adalah antara pengeluar lampin terbesar di dunia, dan kini berada Malaysia. Kami sangat berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga Molfix,” katanya.
View this post on Instagram
Sementara itu, Scha menyifatkan pelantikan mereka sekeluarga adalah rezeki anak keduanya, Lila.
“Alhamdulillah, ini rezeki Lila. Kami sekeluarga menjadi duta selama dua tahun. Sudah tiga hari kami menjalani penggambaran di sini. Hari ini hari terakhir kami,” katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro