Home Hiburan Scha Dan Awal Terbang Ke Turki , Dua Anak Dilantik Jadi Duta...

Scha Dan Awal Terbang Ke Turki , Dua Anak Dilantik Jadi Duta Lampin Antarabangsa

122
0

Alhamdulillah, rezeki anak dan bulan Ramadan,” kata pengacara terkenal Awal Ashaari apabila dia sekeluarga termasuk isterinya juga pelakon Scha Alyahya dan dua anak perempuan mereka iaitu Lara Alana, 7, dan Lila Amina, setahun, dilantik menjadi duta lampin jenama antarabangsa, Molfix.

Sekali gus menjadikan mereka sebagai duta pertama jenama berkenaan yang terkenal di Eropah bagi pasaran dalam negara.

133910o8ccs873s7e6cgz8

Foto: IG

Awal, 41, atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari berkata, mereka kini berada di Istanbul, Turki bagi menjalani penggambaran iklan jenama itu.

“Satu pengalaman yang baru bila dapat berkunjung ke negara asal Molfix dan dapat belajar bagaimana lampin dihasilkan. Banyak kajian sudah dibuat terhadap gaya hidup bayi Asia untuk mencipta sesuatu yang sesuai buat bayi Malaysia kita.

“Jenama antarabangsa ini khusus dalam lampin dan kain lap untuk bayi malah sudah menjadi peneraju pasaran dalam Eropah serta banyak bahagian dunia selama lebih 20 tahun.

“Hari ini, mereka adalah antara pengeluar lampin terbesar di dunia, dan kini berada Malaysia. Kami sangat berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga Molfix,” katanya.

Sementara itu, Scha menyifatkan pelantikan mereka sekeluarga adalah rezeki anak keduanya, Lila.

“Alhamdulillah, ini rezeki Lila. Kami sekeluarga menjadi duta selama dua tahun. Sudah tiga hari kami menjalani penggambaran di sini. Hari ini hari terakhir kami,” katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Previous article“H4r4m j4dah mekap artis sekarang…”- Kiah Propa Meng4mvk Gara Gara Tidak Dapat Layanan Yg Sama Dengan Artis Baru
Next article“Bagi Pinjam Bini..” – Ramai Puji Lakonan Mantap Dato Yusof Haslam Zmn Muda
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here