Home Hiburan “Saya Taknak Ulas Isu Poligami..” – Caprice Takut Bini?

“Saya Taknak Ulas Isu Poligami..” – Caprice Takut Bini?

287
0

Sejak kebelakangan ini, ramai yang panas isu poligami. Hal ini susulan daripada influencer terkenal, Abang Tesla yang mengumumkan dia sudah berkahwin dua. Isu tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan juga selebriti.

Influencer dan penyanyi rap, Caprice ‘dipetik’ netizen untuk mengulas isu tersebut.

Namun Caprice mengambil pendekatan untuk tidak mengulas mengenai isu poligami. Menerusi hantaran di Instagram, Caprice berkata dia meminta orang ramai untuk tidak lagi memetik namanya serta memohon maaf kepada netizen.

capcap

“Tolong jangan tag nama Caprice dekat berita ini (poligami). Saya dah taknak komen. Minta maaf sangat-sangat, saya nak hidup tenang..” – Caprice

prive

Difahamkan, tindakan Caprice berbuat demikian disebabkan isterinya Farra Inalis sebelum ini meluahkan rasa geram apabila suaminya mengulas isu mengenai Abang Tesla yang bernikah sekali lagi. Dalam video tersebut, Caprice berpendapat tidak salah seorang suami untuk bernikah sekali lagi, tetapi tidak perlu dijadikan konten dalam media sosial.

Previous article“Penyondol” Mengaku Hantar Sihir Sehingga Anak Dalam Kandungan “Hilang”, sekali Isteri Pelakon Dedah Hal Sebenar
Next articleWanita Patah Buku Lali Terpijak Hirisan Khinzir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here