Home Netizen “Saya Takda Niat Pun Nk Record Video Tu..” -Minta Maaf Pun Masih...

“Saya Takda Niat Pun Nk Record Video Tu..” -Minta Maaf Pun Masih Dikecam

197
0

Baru sahaja semalam tular peristiwa di mana dua orang gadis tertangkap apabila merakam video di panggung wayang. Kejadian yang baru sahaja beberapa hari lepas itu disedari oleh pekerja panggung wayang tersebut. Apa yang menimbulkan kemarahan netizen adalah apabila gadis tersebut membalas dengan angkuh. Kata dua gadis tersebut, dia ada hak berbuat demikian kerana dia telah membayar tiket wayang tersebut. Kemudian, setelah staff bertanya berapa lamakah dia telah merekod, dia berkata staff tiada hak untuk memegang telefon bimbit dan check. Perkara tersebut mengundang rasa marah dalam kalangan netizen.

Namun, mereka berdua telah membuat video permohonan maaf di tiktok mereka sendiri. Berdasarkan sumber di Twitter, gadis tersebut telah merayu pekerja panggung wayang tersebut untuk membuang video yang telah tular tersebut. Hal ini disebabkan mereka dikatakan tidak tahan akibat dari cyber bully rentetan daripada peristiwa di dalam panggung wayang tersebut.

“Aku delete sbb pihak dia ada DM , mintak jasa baik sruh remove video. Sbb diorang tak tahan kena cyber bully dan janji nak mintak maap.

So ini lah video mintak maafnya dkt TikTok. korang survey la dkt TikTok dia.”

Video permohonan maaf mereka boleh dilihat di tiktok milik mereka sendiri iaitu di @hnisbbr

Lihat juga apa komen dari netizen :

hahahah baru ada akal baru tau lagit tinggi ke rendah. sebelum buat apa2 fikir la dulu ya. ending nagis2 macamni tv3 dah banyak buat hm boring.

Gilerrr fake cara nak mintak maaf

pelancauu laaa .. takut kena dendaa/samann reti pulakk nk mintak maaf .. hahahahahahahaah toksah laa

Allahu penipu nya, dalam video sendiri ada ckp “ kita orang akan cuba record sikit sikit” tang mana yang tak ada niat? Dasar belen

La dia bt salah, dia yg nangis? Nmpk sgt goreng xde point.
@GSCinemas xsaman ke? Terang2 ada bukti kot. Mana aci gini, ktorg kena byar, dia suka hati bg snippet free chase cloud kt tiktok?

Walaupun sudah meminta maaf, gadis tersebut tetap dikecam oleh netizen berikutan kerana alasan yang diberikan tidak masuk akal.

“Pala dia la, tiktok dia penuh dgn rakam dlm wayang tp takde niat eh? Kau tgk zhaf review movie, tak perlu rekod pun. Budak tiktok gini, drama je kuat”

Lain kali jika ingin membuat sesuatu perkara, fikirlah dulu akibatnya.

Baca juga : “Kantoi ! Wanita Rakam Video Wayang Dalam Phone”- Dah Terkantoi Baru Nak Gelabah

Baca juga : Bapa Mengamuk Anak Dipukul Cikgu – Rakaman Video Tarik Perhatian

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Twitter

Previous articlePensyarah Sebak, Lihat Bekas Pelajar ‘Struggle’ Cari Rezeki
Next articleAeril Zafrel Pula Cerita Sesuatu Mengenai Sophia, Sekali Ayat Dia Buat Ramai Terkedu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here