Putrajaya: Pelawak popular, Shuib menolak khabar angin mendakwa ada seorang selebriti cuba mendekati dirinya selepas pemergian isteri, Siti Sarah Raissuddin.
Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, berkata, dia tidak tahu siapa wanita yang cuba mendekati dirinya dan menafikan dakwaan terbabit.
“Saya tak tahu langsung. Siapa ya? Allahuakbar, saya tidak tahu. Sekarang memang tiada mana-mana wanita yang cuba mendekati saya.
“Kalau wanita yang saya kerap berhubung sekarang pun hanyalah dengan kak Nana ( pengurus),” katanya ketika ditemui pada majlis Indigital Music Nite di D’Empangan Udang Galah, di sini, semalam.
Menurut bapa kepada empat cahaya mata itu, dia tidak menolak jika suatu hati nanti dirinya dipertemukan jodoh dengan wanita terbaik, namun buat masa ini dia belum bersedia mencari pengganti.
“Bab jodoh ini saya tak berani nak cakap, tentulah percaturan Allah SWT yang paling tepat. Saya tidak menolak jodoh sebab apa yang diberikan Allah adalah yang terbaik buat saya.
“Saya juga takkan cakap yang saya tidak akan berkahwin. Mungkin saya muda lagi, baru 37 tahun, anak ada empat orang. Sudah tentu mereka perlukan kasih seorang wanita. Namun, saya serahkan pada Allah mengenai masa depan, jodoh dan siapa yang saya akan berkawan.
“Kalau tanya saya fasal jodoh sekarang, saya belum bersedia lagi. Bukan apa, ada perasaan pelik yang timbul apabila memikirkan soal ini. Bukannya saya takut, tetapi saya terfikir, apa perasaan dia di sana?” katanya.
Dalam pada itu, Shuib turut menjelaskan sekiranya pintu hatinya terbuka untuk mengenali seseorang dia enggan wanita pilihannya itu mempunyai persamaan dengan Allahyarham isterinya.
“Saya tak mahu ada persamaan sebab Sarah ada di kelas tersendiri. Cuma ada kriteria yang saya akan tetapkan yang bukan untuk kepentingan peribadi saja tapi untuk kepentingan anak-anak dan keluarga.
“Kalau dia berjaya mencuri hati anak-anak saya, mungkin dialah orangnya sebab yang lebih penting adalah mereka. Mereka pun pernah ada ibu, pastinya mereka mahu membesar dengan sentuhan seorang ibu dan tanggungjawab sayalah untuk memilih orang yang tepat,” katanya.
Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; Ariq Matin, 6; dan Ayash Affan yang kini berusia dua bulan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sumber: HM