Baru-baru ini tular di laman sosial apabila Daiyan Trisha berasa terkilan dek kerana ada beberapa pihak mengatakan dia ‘dibela’ sugar daddy. Daiyan berkata dia berasa terkilan kerana dia sudah bekerja keras untuk capai semua yang dia ada sekarang. Tuduhan sebegitu sudah tentu membuatnya terasa.
“Penat-penat aku kerja, kau cakap aku ada sugar daddy macamtu je kann..”
Tambahnya, ia merupakan tuduhan yang berat dan menyakitkan hati. Ia juga menunjukkan stigma masyarakat di mana jika seorang perempuan itu berjaya, pasti ada ‘sesuatu’. Bukan kerana usaha atau bakat yang dimiliki.
Menerusi halaman twitter, Daiyan ada retweet satu posting oleh Harian Metro. Daiyan berkata yang dia dia tidak perlukan sugar daddy, sebaliknya dia sendiri merupakan sugar daddy..
“I don’t need a sugar daddy, i am a sugar daddy..”
Tweet tersebut mendapat perhatian ramai dan ramai juga yang memuji Daiyan kerana sungguh berani kerana benar
Apa-apa pun, kita tak patut menggelar seseorang sedemikian. Semestinya dia terasa kerana dia sudah berusaha untuk dapatkan segala yang dia miliki sekarang..