Home Viral “Saya Tak Kisah Dia Kerja Apa Pun Penjual Goreng Pisang Ke, Janji...

“Saya Tak Kisah Dia Kerja Apa Pun Penjual Goreng Pisang Ke, Janji Mendengar Kata Ada Asas Agama Islam…” – Raf Yaakob

264
0

Raf menekankan bahawa latar belakang pekerjaan bakal isteri bukanlah satu masalah, tetapi yang utama adalah kesediaan wanita tersebut menerima dia dan anak-anaknya. Selain itu, Raf juga mengharapkan seorang isteri yang mempunyai asas agama Islam.

“Semestinya jodoh itu rahsia Allah, jadi tidak kisah dia kerja apa sekali pun. Pegawai kerajaan ke, peguam, doktor, penjual goreng pisang, pelakon, pramugari mahupun founder produk, saya tidak kisah…” – Raf Yaakob

“Yang penting dia boleh terima saya seadanya, sayang anak-anak saya, mendengar kata dan ada asas agama Islam dalam hidup…” – Katanya

Raf memberikan pandangannya selepas ditanya oleh seorang pengikut melalui sesi soal jawab di Instagram Story mengenai penerimaannya terhadap wanita biasa sebagai isteri. Raf, yang juga adik kepada penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob, sebelum ini telah berkahwin dengan pelakon Mawar Rashid pada November 2017.

Nampaknya perkahwinan mereka hanya berlangsung selama tujuh tahun sebelum diumumkan bercerai pada November yang lalu. Dari perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta, dan Raden Seri Riyanna Sayang. Selain itu, Raf juga mempunyai dua orang anak dari perkahwinan sebelumnya iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

Lihat Posting di bawah:

@ohbulanofficial Raf Yaakob tidak meletakkan sebarang syarat tertentu kepada mana-mana wanita untuk dijadikan pasangan hidup 🤗 #ohbulan #sembangentertainment #rafyaakob #tak #letak #syarat ♬ original sound – OHBULAN!

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleSakan Menari ‘Pelik’ Di Tiktok, Netizen Gelar Fatiya Latiff Sebagai Iqram Dinzly Versi Perempuan
Next article“Fitnah Kamu John Dihani Sangat Tidak Berasas dan Tidak Masuk Akal, Tetapi Atas Dasar Professional Saya…” – Shuib

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here