Ibu kandung kepada anak angkat selebriti Mizz Nina, Athira (bukan nama sebenar), menuntut agar penyanyi Noh Salleh meminta maaf atas kesilapan yang ditimbulkan dalam kenyataannya di program Melodi TV3, baru-baru ini.
Selain itu, Athira menuntut Noh untuk menarik balik kenyataan tersebut serta menghapuskan gambar Musa di media sosial dalam tempoh 24 jam.
Menerusi temu bual yang disiarkan di Melodi TV3 pada 14 Januari lepas, Noh mendakwa Athira memberikan izin kepada vokalis kumpulan Hujan itu untuk menjaga Musa dengan sukarela.
Susulan itu, Athira mendakwa dirinya dimanipulasi oleh Noh.
“Apa yang nak dikongsikan di sini, saya sebagai ibu kandung kepada Musa sangat kecewa dengan apa yang terjadi. Saya rasa dimanipulasi dan digunakan di atas kepentingan dia (Noh)…” – Athira
“Saya juga kecewa kerana dia
menggunakan saya dengan menyatakan Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati. Amanah ini diberikan kepada saya…” – Katanya
“Disebabkan itu saya mahu Noh menarik balik kenyataan yang dibuat kerana menggunakan nama saya di media…” – Katanya lagi
“Saya mahukan permintaan maaf secara terbuka daripada Noh. Sebelum ini dia membuat perkongsian menerusi media, jadi saya mahu dia buat permohonan maaf menerusi media juga…” – Tambahnya
Tambah Athira, tindakan Noh itu dianggap melanggar perjanjian yang telah disepakati antara mereka sejak awal berkenaan kehidupan dan penjagaan Musa.
“Ingin dijelaskan, saya dimaklumkan mengenai Instagram Noh di mana saya rasa sangat kecewa sebab dia tunjuk muka Musa…” – Jelasnya
“Dalam kes ni apa yang buat saya kecewa apabila Noh tidak mempunyai hak sebagai penjaga sepenuhnya tetapi dia melanggar perjanjian untuk tidak berkongsi wajah Musa…” – Tambahnya
“Jadi, saya mahu Noh menarik balik kenyataan yang dibuat terhadap saya dan hantaran membabitkan wajah Musa dan saya juga mahukan permohonan maaf secara terbuka daripadanya. Sekiranya dia gagal berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, saya akan mengambil tindakan undang-undang…” – Tambahnya lagi
Lihat posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Portal, Melodi
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.