Home Viral “Saya Muat Naik Video Tu Untuk Orang Sedar, Hormat Guru” – Guru

“Saya Muat Naik Video Tu Untuk Orang Sedar, Hormat Guru” – Guru

52
0

“Niat saya cuma satu iaitu mahu orang ramai menghormati guru. Sama ada dia guru sekolah kerajaan atau swasta.”

Itu kata seorang pemuda bernama Furqan, 26, yang memuat naik video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang bapa mengamuk di hadapan sebuah sekolah agama kerana rambut anaknya digunting tanpa keizinan.

Dia yang juga guru separuh masa di sebuah pusat tahfiz di Selangor berkata, kejadian itu berlaku pada November tahun lalu dan dikongsikan di media sosial pada Isnin lalu sebelum tular sejak semalam.

Menurutnya, tujuan asal video itu dimuat naik adalah sebagai respons kepada pertanyaan orang ramai mengenai sebab dia berhenti menjadi guru sepenuh masa.

“Sejujurnya, saya muat naik video itu adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terutama pelajar dan ibu bapa agar menghormati guru. Anak kita dapat ilmu daripada guru…”

“Berdasarkan insiden itu, apa boleh dikatakan adalah semua masalah boleh diselesaikan tanpa membabitkan emosi. Kalau guna emosi, memang akan kalah teruk. Percayalah, kemenangan akan berpihak kepada yang tenang…”

“Guru disiplin memang kena disiplinkan pelajar. Mana-mana guru pun tidak dapat untung apa-apa. Memang niat (guru) mahu mendidik…”

Menurutnya, keputusan untuk memuat naik video itu dibuat atas kesedaran dan tanggungjawab sendiri tanpa melibatkan mana-mana pihak sekolah.

“Saya sudah pun memadamkan video itu selepas mendapat pelbagai maklum balas. Cuma, saya berharap insiden itu dapat memberikan pengajaran kepada ibu bapa…”

“Saya nak betulkan pemikiran ibu bapa yang mana, hanya kerana anak bersekolah di sekolah swasta, rasa hormat terhadap guru ditolak tepi. Itu tidak patut berlaku…”

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleKes Khalwat: Aliff, Ruhainies Mengaku Tidak Bersalah
Next article“Saya Taknak Kahwin Lagi, Cukup Uqasha Seorang Sahaja..” – Kamal Adli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here