Home Isu Semasa “Sakit Rindu,Allah Saja Tahu…”- Suami Nangis Sambut Isteri Balik Kerja Di Arab...

“Sakit Rindu,Allah Saja Tahu…”- Suami Nangis Sambut Isteri Balik Kerja Di Arab ,Lepas Kawen Terus PJJ

218
0

SETIAP suami isteri mempunyai impian ingin hidup bahagia bersama dan tinggal sebumbung.Ini juga satu fasa baru untuk mengenal serta menyesuaikan diri dengan kehidupan berumah tangga bersama pasangan.

Walaupun begitu, bukan semua pasangan berpeluang merasai perkara itu kerana diuji tinggal berjauhan ratusan kilometer kerana tuntutan kerja.

Baru Kahwin Tapi Terpaksa Berpisah Sebab Kerja

Kebanyakan pasangan jarak jauh atau lebih dikenali sebagai PJJ ini hanya berpeluang bertemu pasangan pada hujung minggu atau setiap hujung bulan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.Namun ia bukan mudah untuk sepasang suami isteri ini apabila perlu berpisah jauh sejurus berkahwin.

Keadaan menjadi semakin sukar sejak pandemik Covid-19 melanda negara bermula Mac tahun lalu sehingga menyukarkan aktiviti rentas negeri.

Disaat usia perkahwinan masih lagi mentah, Aisyah Raz dan juga suaminya Al Amin terpaksa duduk berjauhan dek kerana tuntutan kerja. Wanita tersebut yang bekerja sebagai seorang jururawat perlu ke Arab Saudi untuk bertugas di salah sebuah pusat perubatan lebih kurang setahun.

hjrssr

Saya Nangis, Abang pun nangis…

Akhirnya selepas 11 bulan di negara orang, wanita tersebut tiba di lapangan terbang.

Si suami yang datang menjemputnya kelihatan tidak dapat menahan tangis sambil mendakap erat isteri kesayangannya itu

. Malah jelas terpancar wajah kegembiraan saat melihat wanita berkenaan kini berada di depan matanya semula.


Saya nagis abg pun nagis , sakit rindu tu allah je tahu. Setelah 11 bulan, terima kasih tunggu sy abg

ILOVEYOU

Hubungan PJJ boleh menjadi lebih kuat apabila masing-masing tekad mengharungi cabaran dan membuktikan mereka berdiri bersama dalam segala susah dan senang.

Pasangan perlu lebih menghargai dan mengambil masa untuk sering berkomunikasi serta berbincang untuk mempelajari diri selain memahami satu sama lain.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga cukup terharu melihat perkongsian berkenaan.

Selain tumpang gembira, ramai yang mengakui cukup faham dengan perasaan apabila terpaksa berpisah jauh dengan pasangan untuk jangka masa lama.

cgtg

utyyy

ubj

njub

jybhy

Sumber :https://www.malaysiatimes

Previous articleBukan calang-calang ibu! Wanita 2 cahaya mata selamba angkat berat, tak sah sehari tak bersenam – “Suami, anak gembira ke kalau kita sakit?”
Next article“Penting lighting ori ye..”Gelagat Shukri Yahaya & anak2 bikin geli hati, cabaran dapatkan foto cantik
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here