Home Isu Semasa Bukan calang-calang ibu! Wanita 2 cahaya mata selamba angkat berat, tak sah...

Bukan calang-calang ibu! Wanita 2 cahaya mata selamba angkat berat, tak sah sehari tak bersenam – “Suami, anak gembira ke kalau kita sakit?”

266
0

Mungkin itulah yang mendorong ibu kepada dua cahaya mata ini meneruskan minat dan kerjayanya dalam bidang sukan dan kecergasan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Siti Kamariah Jahri, 32, yang bekerja sebagai jurulatih kecergasan dan zumba, kesibukan menguruskan keluarga tidak menjadi penghalang untuk dia kekal cergas.

Malah, dia banyak berkongsi video di media sosial demi menarik minat serta memberi inspirasi kepada insan di luar sana untuk menjalani gaya hidup sihat.

“Apa yang saya kongsikan bukan untuk wanita semata-mata, tapi untuk lelaki juga. Alhamdulillah, ada yang mula terikut untuk bersenam selepas mereka tonton video saya. Jadi sasaran saya pun tercapai apabila mereka mula nak bersenam.

“Saya nak tunjukkan pada orang di luar sana bahawa suri rumah pun boleh buat perkara ini semua. Yang penting kena pandai uruskan masa. Niat saya cuma nak beri inspirasi kepada orang di luar sana,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Kama, katanya, dia turut menitipkan pesan kepada individu lain, khususnya kaum ibu yang sentiasa sibuk agar mencari persekitaran yang baik untuk memulakan aktiviti kecergasan.

kama3

Kama merupakan bekas atlet silat olahraga.

Tambahnya, ia tidak perlu dilakukan secara menyeluruh, sebaliknya disesuaikan mengikut kelapangan sendiri sahaja.

“Nasihat saya kepada wanita khususnya, yang pertama anda kena cari surrounding yang baik. Contohnya, sertai grup fitness. Boleh sertai simple work out seperti zumba.

Sejak umur 17 saya jadi atlet untuk negeri Johor. Saya juga pernah sertai dua edisi Sukan Malaysia (Sukma).

KAMA

“Kedua, kalau tiada masa, kita kena fikir… adakah suami dan anak-anak akan gembira kalau kita s4kit nanti? Jadi anda perlu letakkan exercise sebagai keutamaan.

“Dengan cara itu, kita akan cari masa walaupun sekejap untuk bersenam. Boleh jadi anda berjalan-jalan bawa anak ke taman, jogging sekejap atau buat senaman perut depan televisyen pun boleh.

“Kalau dapat luangkan dua jam, itu dah bonus. Macam saya sendiri pun sangat sibuk dan tiada masa. Dengan anak, suami, kerja back to back... tapi tetap kena cari masa.

“Untuk melahirkan rakyat yang cergas dan produktif, kita kena exercise,” ujarnya yang kini menetap di Pekan Nanas, Pontian, Johor.

1346425

Video Kama tular di aplikasi TikTok.

Selain menjadi jurulatih, Kama juga aktif menyertai sukan CrossFit yang memperkenalkannya kepada aktiviti angkat berat.

Malah, video memaparkan Kama sedang mengangkat berat turut menjadi tular di aplikasi TikTok.

Ujar Kama, dia bukanlah jurulatih angkat berat, malah masih lagi mempelajari cabang sukan itu di Fitness Warrior di Setia Tropika, Johor Bahru sehingga ke hari ini.

“Saya kongsi video untuk bagi pendedahan. Saya pun bukanlah jurulatih untuk angkat berat. Saya masih lagi pelatih. Saya sendiri ada coach untuk angkat berat.

“Selepas saya kongsi video itu. Saya terima komen negatif dan positif. Video itu nampak macam bahaya kerana saya menghempas peralatan angkat berat itu ke lantai.

kama2

Kama berkata, dia gembira apabila video dikongsi dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada pengikutnya.

“Sebenarnya, coach saya ajar untuk melarikan diri daripada bahaya. Misalnya kalau salah step ketika angkat berat, itu merupakan cara untuk escape.

“Ada yang boleh terima, ada yang tak boleh terima video itu. Saya cuma nak bagi ilmu dan kongsi apa yang patut dengan netizen,” ujarnya.

Mengenai dirinya, Kama sebelum ini pernah bergelar atlet silat olahraga sebelum meningalkan sukan itu pada tahun 2012.

“Saya memang bekas atlet. Sejak umur 17 saya jadi atlet untuk negeri Johor. Saya juga pernah sertai dua edisi Sukan Malaysia (Sukma). Kali terakhir saya sertai Sukma Melaka pada 2010.

“Selain menjadi instructor di gim dan personal trainer, saya juga ajar kick boxing,” dedahnya lagi.x

Sumber:mStar

Previous article“Tidak Nampak Seperti Orang N4zak”- Ibu Betty Benafe Menghembuskan Nafas Ter4khir Ketika Tidur
Next article“Sakit Rindu,Allah Saja Tahu…”- Suami Nangis Sambut Isteri Balik Kerja Di Arab ,Lepas Kawen Terus PJJ
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here