Akhirnya tak payah susah payah beratur dekat ASNB untuk keluar duit kalau kita urgent nak guna duit tabung. Korang follow tips ni senang je dan confirm duit selamat dalam bank. First download apps ASNB.
- Buka apps ASNB kemudian klik jualan balik.
- Kemudian klik pada ‘harga tetap’
- Kemudian dia akan keluar bahagian ni. Tekan jumlah pengeluaran yang korang mahukan. Minimum pengeluaran ialah RM100. Kemudian tick pada kotak dibawah.
- Pastikan nombor akaun telah dikemaskini dan nombor akaun atas nama sendiri untuk digunakan.
- Kemudian akan keluar bahagian begini. Makna kata proses untuk keluarkan duit telah berjaya tinggal tunggu je duit masuk ke dalam akaun nombor yang berdaftar dalam tempoh masa satu hari bekerja. Selamat mencuba. Semoga urusan korang semua dipermudahkan
Moga bermanfaat! Harapnya dapat sedikit sebanyak membantu anda…
Sumber Twitter Kikilalana