Home Isu Semasa “roy-roy h4ti kau ker4s” – (Video) Runner Kdvng Tngan Dikata Iras Faizal...

“roy-roy h4ti kau ker4s” – (Video) Runner Kdvng Tngan Dikata Iras Faizal Hussein, Dlm Film G1la-G1la Rmaja.

204
0

WALAUPUN kudvng tangan, bukan penghalang bagi seorang pemuda mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup.

Pada usia 24 tahun, anak muda ini sanggup berhujan dan berpanas d3mi menggalas tanggungjawab dengan memberi khidmat sebagai penghantar barang atau runner.

Namun jauh di sudut hati, pemuda berkenaan, Muhammad Hafiq Hizwan Norizan tidak pernah melupakan d3tik hit4m pada 31 Ogos 2015 apabila terb4bit dalam k3malangan ketika menyertai konvoi motosikal sempena Hari Kemerdekaan.

Susulan kejadian itu, dia mengalami kec3deraan serius dan mengambil keputusan untuk membenarkan tangan kirinya dipotong sehingga kudvng sebagai jalan terbaik.

“Selepas itu saya struggle kerana tidak bercampur dengan dunia luar selama setahun. Lebih banyak duduk di rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya kemudian terd3tik sampai bila nak jadi macam ni, hanya berputus asa? Saya ambil keputusan untuk menyertai sukan bola tampar pada 2017,” katanya kepada mStar.

runner kudung tangan 2 W

Apit aktif bermain bola sepak.

Lebih dikenali sebagai Apit, dia kemudian beralih kepada sukan bola sepak dengan menyertai pasukan Persatuan Bolasepak Orang Kvdung Malaysia (Mafa).

Pemuda berasal dari Klebang, Melaka itu juga bergiat aktif sebagai atlet para negeri dalam acara olahraga dan menyertai temasya Sukan Para Sukma di Perak pada 2018.

Tuah berpihak kepada Apit yang mewakili Melaka apabila memenangi pingat gangsa dalam kategori 200 serta 400 meter (m).

runner kudung tangan 5

Apit (berdiri, kiri) bersama pasukan bola sepak di bawah Mafa.

Bermula dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal tahun lalu akib4t pand2mik Covid-19, anak sulung daripada lima beradik itu mencari rezeki sebagai runner.

“Bagi saya, runner ini tugasnya sebagai pemudah cara. Hantar barang, surat termasuk membeli barang-barang yang dipesan oleh pelanggan.

“Saya pegang pada prinsip jika kita permudahkan urusan orang, insyaAllah Allah mudahkan urusan kita,” katanya yang menghantar barang menggunakan motosikal.

runner kudung tangan 4 W

Ketika menyertai Sukma 2018.

Dalam pada itu, Apit turut mengisi masa lapang dengan memuat naik video-video mengenai dirinya sebagai runner dan kehidupan peribadi menerusi aplikasi TikTok pada Jun lalu.

Namun katanya, dia tidak menyangka dirinya menjadi perhatian netizen apabila wajahnya dikatakan iras dengan pelakon Faizal Hussein.

runner kudung tangan 3

Apit suka bergaya dan bergambar.

“Hanya baru-baru ini ada netizen komen kata muka saya iras Faizal Hussein, bila saya buat TikTok live, ada juga dapat komen yang sama.

“Saya rasa kelakar tapi pada masa sama berbangga sebab Faizal Hussein merupakan seorang pelakon yang berbakat. Cuma saya tak rasa wajah saya sama dengan beliau.

Runner ini tugasnya sebagai pemudah cara. Jika kita permudahkan urusan orang, insyaAllah Allah mudahkan urusan kita

MUHAMMAD HAFIQ HIZWAN NORIZAN

“Tapi saya akui persamaan saya dengan beliau hanyalah personaliti saya yang agak nakal dan gila-gila dengan karakter yang beliau bawa sebagai Roy dalam filem 80-an, Gila-Gila Remaja.

“Dulu pun sebelum terbabit dalam k3malangan, saya bawa motor scrambler macam dalam filem tu,” katanya sambil menambah turut menyukai lakonan Faizal dalam filem KL Wangan.

runner kudung tangan 6

Apit mahu mengusahakan bisnes fesyen.

Selain bertugas sebagai runner dan aktif bersukan, Apit yang menjadikan usahawan Orang Kelainan Upaya (OKU), Mohd Sukur Ibrahim sebagai inspirasi gemar bergaya dan berfesyen.

“Dulu masa mula-mula lepas tangan dah kvdung, saya asyik pakai baju lengan panjang. Tapi sekarang selamba je pakai baju lengan pendek dan suka bergambar.

“Saya jadikan Mohd Sukur Ibrahim sebagai inspirasi. Jika dia boleh berjaya dan ada kerjaya, kenapa saya tidak boleh. Bagi saya tiada mustahil.

“Saya teringin nak ada bisnes fesyen suatu hari nanti. Manalah tahu nanti sendiri boleh jadi model, dan ada rezeki boleh ajak Faizal Hussein jadi model bersama,” katanya.

Sumber:mStar

Previous article“Faz ni tak pernah tak comel” – (Video) Cubaan Ngorat Fazura ,Pasangan Sweet Ini Buat Rmai Terhibur.
Next articleTahniah Mira Filzah! D4kwaan Mengatakan Mira Filzah Sedang Berbadan Dua?
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here