Rihana Oksana iaitu bekas ratu cantik Rusia berkongsi foto bersama putera tunggalnya di Instagram. Seperti sedia maklum Rihana kini menetap di London dan berkongsi suasana dan di sekitar kota London.
Ibu kepada Tengku Ismail Leon Petra ini berkongsi kegembiraan dengan meraikan Krismas bersama putera kesayangan di sana, bagi Rihana meski dirinya dan Leon bukan beragama Katolik ia tidak menghalangnya untuk menyambut perayaan tersebut bersama semua orang.
“Suasana Krismas sudah dirasai di London.
“Saya berjalan ke tempat kerja hari ini dan lihat di bandar. Semuanya di dekorasi sangat cantik! Mood Krismas di udara.
“Di pejabat, semua orang dalam mode Tahun Baru. Semua orang agak relaks dan dalam mood bercuti.
“Rakan sekerja hari ini tanda tangan kad Tahun Baru untuk keluarga dan kawan. Tradisi yang menarik! Saya juga buat keputusan untuk hantar poskad kepada yang tersayang.
“Krismas di London di sambut pada malam 24-25 Disember. Pada waktu malam orang London menunggu Santa Claus bersama hadiah, saya harap dia juga akan beri pada Leon.
“Ya, Leon dan saya bukan Katolik tapi kami masih boleh bergembira untuk meraikan Krismas bersama semua orang. Kami juga merancang untuk tinggalkan Eropah selama beberapa hari. Saya mahu tunjuk Leon market Krismas dan tradisi di bandar yang lain.” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon yang positif.
“Syukur Rihana dan Leon bukan Catholics..”
“Ayah saya seorang kristian sebelum memasuki Islam, tapi dia masih meraikan krismas bersama keluarganya..’
“Dah handsome Prince Leon..”
Sekadar info, Rihana Oxana pernah berkahwin dengan Sultan Muhammad V dan memeluk Islam pada tahun yang sama bulan April 2018. Pada Mei 2019, lahir anak tunggalnya Tengku Ismail Leon Petra dan pada Jun 2019, Sultan Muhammad V menceraikan Rihana dengan talak tiga.
Beriktu Biodata Dan Kronologi Kehidupan Rihana Oksana Petra
1. Kelahiran Astrakhan, Rusia pada 10 Julai 1992.
2. Berusia 27 tahun.
3. Membesar di Taganrog, daerah Rostov-on-Don (juga melalui alam persekolahan di sini).
4. Zaman remajanya dimanfaatkan mendalami subjek Bahasa Inggeris menerusi pengajian di ‘Summer School’, Oxford
5. Berhijrah ke Moscow pada 2009 sebelum menempatkan diri sebagai penuntut di ‘Plekhanov Russian University of Economics’ bagi pencapaian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi yang diterima pada 2013.
6. Memegang gelaran Ratu Cantik Miss Moscow pada 2015.
7. Kemudiannya berkecimpung dalam dunia fesyen yang membawa kepada penerbitan pakaian renang jenamanya sendiri.
8. Dalam waktu sama, Oksana menyambung pelajaran di ‘Moscow School of Radio and Television’ sebelum layak menerima Ijazah Sarjana dalam jurusan Pengurusan, setahun kemudian.
9. Menyifatkan dirinya sebagai pakar dalam bidang pemasaran antarabangsa.
10. Pada 2016, dia mengusahakan salun kecantikan beroperasi di Moscow, kemudian berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2017.
11. Menamatkan zaman solo dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V melalui rumah tangga yang didirikan pada Jun 2018.
12. Menurutnya, pertemuan pertama mereka terjadi ketika di Eropah sewaktu musim bunga pada 2017.
13. Pasangan ini menyambut cahaya mata sulung lelaki, Tengku Ismail Leon Petra yang juga Tengku Mahkota Kelantan pada Mei 2019.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber:Murai My