Home Viral Remaja Sedih Ibu Bapa Tak Puas Hati Keputusan SPM 6A 2B

Remaja Sedih Ibu Bapa Tak Puas Hati Keputusan SPM 6A 2B

157
0

Sebagai ibu bapa, sudah pasti mereka mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Anak-anak juga tentunya ingin melakukan yang terbaik untuk membanggakan ibu bapa mereka. Walau bagaimanapun, pelajar SPM ini berkongsi keputusan 6A, 2B, dan 1E yang berjaya dicapainya, namun masih belum dapat memuaskan hati ibunya.

Pelajar terbabit berkongsi perkara itu di TikTok sebagai peringatan kepada ibu bapa lain supaya sentiasa bersyukur dan meraikan pencapaian anak-anak mereka.

Remaja ini turut berkongsi perbualan bersama ibunya di aplikasi WhatsApp, di mana ibunya risau anaknya tidak dapat masuk ke universiti dengan keputusan tersebut.

“Keputusan along macam ni boleh masuk universiti? Lulus cukup-cukup makan je. Sepatutnya kesemua sembilan mata pelajaran yang diambil kena dapat A+. Ini along cuma dapat 6A, 2B dan 1E…”

“Lulus tapi kurang memuaskan, pergi mohon untuk peperiksaan SPM tahun depan pula…”

Dalam perkongsian yang lain, pelajar itu menjelaskan bahawa bukan niatnya untuk mengaibkan ibunya. Dia juga berkata cara ibunya bercakap mungkin terlihat kasar, tetapi niatnya hanya mahukan yang terbaik untuknya.

“Dalam perbualan seterusnya ibu ada juga cakap tahniah dekat saya. Lagipun betul apa yang ibu katakan, persaingan untuk masuk ke universiti sekarang sengit, kalau Matematik tak dapat gred C ke atas, memang susah nak lepas…”

Betul juga, kerana kebanyakan IPTA memang memerlukan subjek Matematik dengan kredit untuk diterima masuk. Apapun, semoga adik kuatkan semangat dan cuba lakukan yang terbaik dalam apa sahaja peluang yang ada nanti.

Sumber: Portal

Previous article“Dah Tua Pun Masih Rock..” – Ramai Tergamam Opah Buat Persembahan Nyanyi Lagu Rock
Next article“Dah Sampai Depan Kaabah Pun Sempat lagi Menjual, Siap Suruh Tekan Bag Kuning…” – Tindakan Jemaah Haji Mengejutkan Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here