Sebut sahaja bandar di atas awan, pasti ramai ingat yang ia merupakan bandar yang terapung di atas awan. Namun ia tidaklah sedemikian. Sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Al-Hutaib berada di daerah Sana’a Yaman. Sana’a Yaman merupakan perkampungan yang unik dan digelar Bandar Di Atas Awan sebab dia berada kira kira 3200 meter dari aras laut.
Kampung ni sebenarnya dibina di kawasan pergunungan Jabal Haraz, kalau nampak gambar tu kita boleh nampak bandar ni lagi tinggi dari awan.
Kawasan ni mempunyai 2 sekolah dan 2 masjid.
Banyak binaan dan rumah-rumah yang dibina di kaki gunung. Sungguh menakjubkan apabila perkampungan itu tidak mendapat hujan kerana ‘mereka’ berada di atas awan. Ia ibarat sebuah negeri kayangan yang berdiri megah di atas kaki gunung.
Kalau anda ada peluang, boleh lah melawat ke bandar ini. Boleh lah merasai duduk di ‘bandar atas awan’.