Home Viral “Bila dia panggil saya sahabat, buat saya rasa geli…” – Ajak cerita...

“Bila dia panggil saya sahabat, buat saya rasa geli…” – Ajak cerita mengenai Shahrol Shiro

158
0

Mohd Hanaffi bin Razak atau nama yang lebih dikenali Ajak Shiro merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio Malaysia yang dicungkil bakat menerusi program Raja Lawak 6. Beliau telah berganding bersama dengan Shahrol dan membentuk sebuah kumpulan yang diberi nama “Shiro”.

Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik ajakstibay9 menunjukkan Ajak yang sedang menceritakan mengenai pasangan kumpulannya itu iaitu Shahrol Shiro. Klip video tersebut menunjukkan beliau menceritakan mengenai Shahrol yang “menikam belakangnya” tanpa sedar suatu ketika dahulu. Ajak juga mengatakan apabila Shahrol memanggilnya “sahabat” di khalayak ramai, ia membuatkan beliau berasa geli.

Rata-rata netizen amat memahami tentang perkara yang diceritakan oleh Ajak tersebut. Ramai juga yang mengatakan bahawa kawan yang paling rapat akan menjadi kawan yang paling bahaya. Ada juga yang mengatakan itu lah punca mereka bersendirian tanpa kawan.

Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 600K tontonan, 35K sukaan dan 300 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cepatberita

Lihat apa kata orang ramai:

@Kamarul Hakim: Musuh yg pling bahaya…musuh yg prnh berkawan rapat dgn kita

@user2579285998008: sharol ni jugak yg dulu ade masalah dgn jepp kan… tp aku xtaw sbb apa.. yg aku taw dia gado dgn jepp.. tp mana ek sharol ni skrg? radio ke?

@FariZaharaHashim: Ajak insan hebat,hatinya baik,suka tolong org,hatinya mudah tersentuh bila tengok kesusahan org lain,suami & ayah yg baik dll!

@dzul_zickie: hahaha..aku selalu kene..puncanya tu kita jujur sgt dgn org..padahal org amik kesempatan..lani aku gerak sendiri…

@nua kenaboi: steady jak!!
meh healing kt kenaboi… tmpt kena banjir yg ko bantu dulu lah

@Raja Norlaila Raja A: awak jgn marah klu kita ckp. kita mmg ssh nak jumpa kwn yg bernama sahabat. masa ssh. masa senang. mmg ssh….. minta maaf…

Sumber: Tiktok, Wiki

Previous articleRamai Yang Terkejut, Rupanya Wujud Perkampungan Di Atas Awan
Next articlePelajar Kecewa Dadih Yg Dijual 25 Bekas, Hnya Dpt Rm8

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here