Kaum perempuan memang terkenal dengan sifatnya yang suka ditafsir. Mood perempuan juga dilihat mudah berubah-ubah. Bukan setakat orang dewasa sahaja bersikap sebegitu malah budak perempuan yang masih kecil juga mempunyai perangai yang sama.
Baru sahaja tular sebuah video di halaman tiktok @miemosthanos di mana lelaki tersebut sedang merakam video dia bersama dengan beberapa orang budak perempuan. Pada awalnya semua nampak okay sahaja namun kejadian sedikit menghiburkan berlaku selepas itu di mana budak perempuan yang memakai baju pink dan berdiri di hadapan sekali tiba-tiba memukul budak perempuan yang baru sahaja datang dan sepertinya sedang mengusik dia. Netizen berasa terkejut dengan situasi yang tidak dijangka tersebut, Masing-masing memberikan pendapat mereka di ruangan komen.
“membe tengah cover cun kau kacau pahal dik, kan dah makan”
“kalau la aku kat tempat budak kena lepuk tu. aku dah meraung nangis”
“ni baru kena dgn pepatah jangan sangka air yang tenang tiada buaya”
“dia tengah blushing, engko kacau dia, itu makan dia”
“baju pink tu malu malu orang hensem ajak buat video”
Baca juga : “Salah Longkang Tu Bkn Salah Perempuan”-Kereta ‘Baru’ Terhumban Ke Dlm Longkang
Baca juga : “Satu Dalam Sejuta Perempuan Macamni..” – Sedia Terima Kekurangan, Pengantin Wanita Dipuji Ramai
Berdasarkan sumber, mereka berdua dikatakan adik-beradik sebab itulah bersikap seperti itu.
“Ohh adik beradik ke. Ingat die hempuk kawan. Adik bradik mmg gitu”
Lihat video di bawah :
View this post on Instagram
Lihat juga apa kata warganet :
@alin Jefri : something wrong betul budak tu
@lopez : member baru join dah kena hempuk
@User1809663082 : weh takut sebelum tu dia duk senyum je
@𝙠𝙝𝙖𝙡𝙞𝙙𝙖 : laaaaaaa masa video memula tu aku ingatkan aku dengar harimau mengaumm ke aku salah
@haha : haah btl lah tu, sbb kita diam2 pun kena pijak
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram