Home Viral “Perempuan Lain Kalau Nak Marah Boleh, Tapi Nabila Kau Tak Boleh Marah...

“Perempuan Lain Kalau Nak Marah Boleh, Tapi Nabila Kau Tak Boleh Marah Sebab Dia Mak Kepada Anak Aku…” – Sharnaaz

185
0

Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad, menegaskan bahawa kekasihnya atau sesiapa pun wanita yang ingin mendekatinya tidak boleh merasa cemburu terhadap bekas isterinya, Noor Nabila. Dia dengan jelas menyatakan bahawa dia sering mengjelaskan perkara tersebut sebelum memulakan hubungan istimewa dengan wanita lain.

“Saya dah pernah cakap benda ni dekat sesiapun yang ingin berkawan dengan saya adalah satu manusia dia tak boleh cemburu, Nabila…”

“Itu pertama sekali saya cakap kepada Amelia, kepada girfriend-girlfriend saya yang sebelum ni pun saya akan cakap benda yang sama…”

“Perempuan lain kau nak marah boleh, tapi Nabila kau tak boleh nak marah sebab dia adalah mak kepada anak saya…”

“Jadi kalau saya selalu bercakap, berjumpa atau mesej dengan dia tak perlu cemburu. Kalau tak percaya, mesej dia (Nabila) sendiri. Saya okay. Tak ada masalah…”

“Kalau kau cemburu dengan dia maknanya kau ada masalah bila aku menguruskan anak aku. Setakat ini Alhamdulillah, tak ada yang berani cakap…”

Sebelum ini, Sharnaaz memberi respons terhadap dakwaan bahawa hubungan cintanya dengan aktres jelita, Amelia Christie, telah berakhir setelah dikatakan bahawa keduanya sudah tidak mengikuti satu sama lain di Instagram. Pelakon filem “The Original Gangster” ini menyatakan bahawa dia tidak pernah mengesahkan hubungannya dengan Amelia kepada media.

Di samping itu, Amelia juga memberikan respons terhadap dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa dia tidak pernah membatasi pengikutnya di Instagram dan menerima kenyataan Sharnaaz tentang hubungan mereka.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Saya Pernah Try Butter Cake Yang Lagi Sedap Dari Ni…” – Janna Nick Komen Rasa Kek Viral
Next article“Saya Tak Pernah Terfikir Untuk Sambung Ke Peringkat Ijazah, Sepenuh Hati Saya Untuk Bidang Lakonan…” – Mierul Aiman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here